Tuesday, October 26, 2010

Prosedur Piawai Penggunaan Kelas

Pematuhan kepada prosedur ini akan menjamin keselamatan pengguna semasa berada di dalam bilik kelas.

1. Bilik kelas hanya digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang meliputi aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

2. Pastikan semua perabot dan peralatan, termasuk lampu, kipas dan punca elektrik berada di dalam keadaan yang baik dan selamat. Jika terdapat sebarang kerosakan atau keadaan tidak selamat, anda hendaklah melaporkannya kepada Pengetua secara langsung, atau melalui guru.

3. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis dan punca elektrik yang anda fikir rosak.

4. Berhati-hati dengan suis elektrik. Untuk mengelakkan renjatan elektrik, jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah.

5. Laporkan dengan serta merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas kepada Pengetua SMK Bukit Rangin sama ada secara langsung atau melalui mana-mana guru.

6. Pastikan semua tingkap, pintu dan suis elektrik ditutup semasa meninggalkan bilik kelas.

No comments:

Post a Comment