Sunday, January 23, 2011

Amalan Pengendali Makanan

PENGENDALI MAKANAN


Pengendali makanan di kantin adalah individu yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna di sekolah.

1. Status Kesihatan

 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan dan mempunyai sijil atau kad pengesahan kesihatan. Perakuan tensebut hendaklah disimpan dan dipamerkan di kantin berkenaan.

 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi. Pengendali yang demam, menghidap cirit-birit, batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan pengendalian makanan. Dia hanya boleh meneruskan pekerjaan selepas dirawat dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan.

 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja pengendalian makanan

 Pengusaha kantin bertanggungjawab menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali makanan iaitu Lampiran 11. Borang Daftar Pengendali Makanan ini hendaklah dikemas kini setiap kali ada perubahan dan hendaklah dipamerkan di kantin.

2. Pakaian

Semasa bertugas semua pengendali makanan hendaklah:

B berpakaian bersih, kemas dan sopan

B memakai apron bersih dan berwarna cerah

B memakai penutup kepala yang sesuai, bersih serta mudah dibasuh

B memakai kasut dan tanda nama

 Pengendali makanan di kantin digalakkan memakai pakaian seragam

3. Amalan

Amalan yang mesti dipatuhi:

 Menampilkan diri dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.

 Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan atau menghidang makanan.

 Menutup makanan yang disediakan dengan penutup yang sesuai dan bersih.


 Menggunakan sudu, garpu, sarung tangan plastik atau penyepit semasa memegang makanan yang sudah dimasak.

 Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka ke arah lain daripada makanan.

 Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja, dan tangan.

 Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di tempat khas yang berasingan di luar tempat makanan sedang dimasak, dijual, atau dihidang.

 Memegang sudu, garpu, pisau, atau cawan yang bersih pada tangkainya.
 Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan sedang dimasak, dijual atau dihidang.

 Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras Iebih 45 cm daripada Iantai.

 Memastikan kantin sekolah bebas daripada LILATI dan haiwan-haiwan lain.

 Membuang sampah kering dan sampah basah secara berasingan.

 Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik, bertutup, dan bersih.

 Membuang sampah ke dalam tong sampah besar atau tempat pelupusan sampah.

Amalan yang ditegah:

 Meludah merata-rata.

 Merokok.

 Batuk, bersin, bercakap-cakap, atau ketawa ke arah makanan.

 Menggaru badan, mengorek sama ada telinga, gigi atau hidung, menjilat jari, mengunyah sireh atau ‘chewing gum’ semasa menyediakan makanan.

 Membungkus, mengalas, atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih, plastik berwarna dan bahan bercetak.

 Menyusun, membawa, atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih.

 Membawa sudu, garpu dan penyepit di dalam saku apron.

 Membersihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai.


 Membawa kanak-kanak ke kawasan penyediaan makanan.

4. Kursus Pengendalian Makanan

Warganegara Malaysia yang ingin mengusahakan kantin sekolah (pengusaha) wajib memiliki sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementenian Kesihatan Malaysia dan sah tempoh laku semasa memohon sebut harga.

Semua pengendali makanan (pekerja) juga wajib menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment