Saturday, August 27, 2011

Kertas Kerja - Program Celik al-Quran

Program Celik Al Qur’an

Anjuran

PIBG SMK XXX Kuantan dan Pihak Penaja (Pejabat Menteri Besar / Jabatan Agama Islam Pahang / Yayasan Pahang / YB dan lain-lain)

Muqaddimah
Al Qur’an ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: “Sesungguhnya Al Qur’an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.” (Al Isra’ : 9)

“Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Qur’an? Kalaulah Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.“(An Nisa’ : 82)

Hadith Rasulullah s.a.w.: “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.”

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al Qur’an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Rasional
Pelajar SMK XXX terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Mengikut dapatan data kajian yang dibuat oleh pihak sekolah, pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan Al Qur’an ialah sebanyak 42% (Rujuk Data Pelajar). Faktor-faktor yang menyumbang kepada senario yang membimbangkan ini berkait rapat dengan tahap ilmu pengetahuan, keprihatin ibu bapa terhadap pendidikan Islam anak-anak, taraf sosio ekonomi dan kesibukan ibu bapa. Pelajar yang terabai dan tercicir daripada kemahiran membaca Al Qur’an perlu diberi perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan, akan lahirlah generasi yang kurang berminat untuk menghayati Al Qur’an dan Islam. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial di kalangan masyarakat dan menjejaskan imej negara. Oleh itu, program celik Al-Quran menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu pelajar untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.

Tema
Al Qur’an Panduan Hidup Sepanjang Masa

Objektif
1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Quran secara tartil.
2. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al Qur’an dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.
3. Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.

Sasaran
Pelajar lelaki dan perempuan seramai 400 orang.

Sumber kewangan
Pihak penaja (Pejabat Menteri Besar / Yayasan Pahang / Jabatan Agama Islam Pahang / YB), PIBG & yuran pelajar.

Tempat
SMK XXX

Modus operandi
1. Penyediaan kertas kerja dan pembentangan kertas kerja kepada pihak Pihak Penaja (Jabatan Agama Islam Pahang / Yayasan Pahang / YB).
2. Pembentukan AJK bersama.
3. Pelantikan tenaga pengajar.
4. Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar.
5. Pelaksanaan kelas Al Quran -Jadual Pelaksanaan :
5.1 Daftar kehadiran kelas
5.2 Rekod prestasi bacaan individu
5.3 Rekod bayaran yuran
5.4 Sijil penyertaan
6. Pelaksanaan aktiviti pengukuhan – Kuiz, Pertandingan Hafazan & Tilawah (bersama program Ihya’ Ramadhan / Karnival Pendidikan Islam).
7. Pemantauan dan penilaian program.
8. Laporan program dan majlis penyampaian sijil.

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan

Pendapatan

Perbelanjaan

1. Kutipan yuran peserta

RM5.00 X 10 X 400 orang = RM20,000.00

2. Sumbangan penaja = RM30,000.00

1. Elaun tenaga pengajar

RM60.00 X 16 X 40 minggu = RM38,400.00

2. Pengurusan teknikal kutipan

yuran, majlis pengukuhan

aktiviti, majlis khatam & sijil = RM 6600.00

3. Derma pelajar miskin = RM 5000.00

Jumlah = RM50,000.00

Jumlah = RM50,000.00

Maklumat yang perlu dipertimbangkan

Bilangan pelajar : 400 pelajar

Bilangan tenaga pengajar : 16 orang Ustaz & Ustazah

Elaun : RM15.00 / jam; RM60.00 / minggu

Yuran minimum pelajar : RM5.00 sebulan

Kekerapan kelas : 2 kali seminggu; 2 X 2 jam = 4 jam seminggu

Sumber tenaga

Jabatan Agama Islam Pahang, Sekolah, organisasi setempat dan masyarakat sekitar.

Penutup

Usaha menyedarkan dan membimbing pelajar supaya celik Al Quran adalah amal yang sangat murni. Tugas ini menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjayakannya. Semoga usaha kecil ini mendapat pertolongan, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Data Pelajar Yang Tidak Menguasai Bacaan Al Qur’an – 20XX

Tingkatan Satu

Bilangan

Ibnu Sina

15

Ibnu Khaldun

14

Ibnu Rushd

16

Ibnu Abbas

22

Ibnu Battutah

23

Jumlah

90

Tingkatan Dua

Bilangan

Ibnu Sina

5

Ibnu Khaldun

7

Ibnu Rushd

21

Ibnu Abbas

16

Ibnu Battutah

21

Jumlah

70

Tingkatan Tiga

Bilangan

Ibnu Sina

Tiada

Ibnu Khaldun

25

Ibnu Rushd

20

Ibnu Abbas

23

Ibnu Battutah

19

Jumlah

60

Tingkatan Empat

Bilangan

Ibnu Sina

5

Ibnu Khaldun

20

Ibnu Rushd

19

Ibnu Abbas

16

Jumlah

60

Jumlah Keseluruhan

307

Jumlah Pelajar

727

Peratus

42.2 %

Unjuran Pelajar Tidak Menguasai Bacaan Al Qur’an Tahun 20XX ialah seramai 400 orang.

1 comment:

  1. Assalam. Mohon share contoh kertas kerja ini tuan.Semoga menjadi amalan soleh buat warga yang berusaha meningkatkan kemahiran bacaan Al Quran.
    Amin

    ReplyDelete