Sunday, August 28, 2011

Kertas Kerja - Seminar Keibubapaan

Seminar Keibubapaan
SMK XXX

1. Rasional
Penularan gejala sosial, kes juvana dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membingungkan memerlukan kita untuk berbuat sesuatu bagi berusaha mengawal dan mengubah keadaan yang membimbangkan yang sedia ada.
Oleh itu, program Seminar Keibubapaan dirancang sebagai satu langkah untuk melihat dan menangani situasi tersebut dari sudut kekeluargaan bagi membantu pihak sekolah dalam usaha membentuk disiplin terpuji dalam kalangan pelajar.


2. Matlamat
Memperkukuh kesedaran dan keazaman di kalangan ibu bapa akan keperluan memainkan tanggungjawab yang lebih efektif dalam usaha ke arah memastikan pembentukan sahsiah yang unggul dalam kalangan anak-anak sehingga mendapat keredaan Allah S.W.T.


3. Objektif
i. Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan akhlak anak-anak yang sempurna.

ii. Mengukuhkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah para pelajar.

iii. Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang keperluan pendidikan anak-anak yang berada pada tahun peperiksaan (PMR dan SPM).


4. Kumpulan Sasaran
i. Ibu bapa

ii. Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 SMK XXX.


5. Jadual Pelaksanaan
Tarikh : XXX (AHAD)

Masa

Atur cara

Tindakan

7.45 –

8.00 pagi

Pendaftaran

AJK Pendaftaran

8.00 pagi –

8.15 pagi

Ucapan Alu-aluan Pengetua SMK XXX

( )

Pengerusi Majlis:

8.15pagi –

9.00 pagi

Ucap Utama oleh YB/ Pengarah / Pengurus/ dsb. ( )


9.00 pagi –

10.30 pagi

Ceramah I : Ustaz ....... (agama)

( )

-Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak

Pengerusi Ceramah I:

10.30 pagi –

11.00 pagi

Kudapan

AJK Jamuan

11.00 pagi –

12.30 tengah hari

Ceramah II : Tn. Hj. ....... (motivasi)

( )

-Pemupukan Budaya Kecemerlangan dalam Kalangan Pelajar

Pengerusi Ceramah II:

12.30 tengah hari

Makan Tengah Hari

Bersurai

AJK Jamuan

JAWATANKUASA PENGELOLA

SEMINAR KEIBUBAPAAN

SMK XXX

TEMPAT : SMK XXX

TARIKH : XXX (AHAD)

MASA : 8.00 PAGI


Pengerusi : (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi I : (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi II : (GPK Kokurikulum)

Setiausaha : (Guru Kaunseling)

Bendahari :

AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA

NAMA GURU

Siar raya


Buku program


Jamuan


Sambutan


Persiapan Tempat


Hiasan Pentas


Jemputan


Cenderamata


Fotografi


Pengerusi Majlis


Pendaftaran


No comments:

Post a Comment

Post a Comment