Friday, August 26, 2011

Panduan Kawalan Wabak H1N1

PANDUAN KAWALAN WABAK/ KEJADIAN KLUSTER ILI

AKTIVITI SARINGAN MURID BAGI MENGELAKKAN PENULARAN WABAK H1N1

PERKARA

TINDAKAN

CATATAN

Kelas / Makmal / Bengkel

Pemantauan sebelum setiap sesi pembelajaran mata pelajaran pertama setiap hari :

-kenal pasti murid yang

demam + selesema / batuk

-arahkan murid ke Bilik Rawatan

· Guru mata pelajaran

*tanda dan gejala Influenza A (H1N1) adalah demam (38Degree symbolC ke atas), batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit badan, sakit kepala, lesu, dan sukar bernafas. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Bilik Rawatan

-Suhu badan murid diperiksa

-Jika demam + selesema / batuk, pastikan murid memakai topeng mulut (mask).

· Guru AJK Kesihatan

· Guru bertugas mingguan

Suhu diperiksa menggunakan thermometer penyukat suhu.

Pejabat Sekolah

Ibu / bapa / penjaga murid dimaklumkan dan diminta datang mengambil murid di Bilik Rawatan untuk dibawa ke hospital/ pusat kesihatan untuk rawatan lanjut

· Guru AJK Kesihatan

· Guru bertugas mingguan

· Staf pejabat

Murid tidak dibenarkan balik bersendirian

Pejabat Sekolah

Pejabat Kesihatan Daerah dimaklumkan jika terdapat 5 KES ATAU LEBIH murid yang demam + selesema / batuk pada setiap hari.

· Guru AJK Kesihatan

· Guru bertugas mingguan

· Staf pejabat

Tel. Pejabat Kesihatan Daerah :

Nota :

Murid-murid mesti sentiasa menjaga kebersihan diri, menjarakkan kedudukan dengan individu lain (social distancing), mencuci tangan dengan cara yang betul dan mengamalkan etika batuk yang betul (cough etiquette). Murid-murid mesti meminimumkan aktiviti di luar rumah / pergi ke tempat awam.

No comments:

Post a Comment