Saturday, August 27, 2011

Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling

FUNGSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH

Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan, kokurikulum dan pembangunan diri murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar (instruksional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, dan mengawal selia perkhidmatan bimbingan @ kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia, serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas UPSR @ PMR @ SPM @ STPM.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia, dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan, dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

14. Merancang, menyelaras, dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

15. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Mengenal pasti dan merujuk murid, guru, kakitangan, dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.

18. Menjadi personel perhubungan @ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah (Tambahan Lembaga Disiplin Sekolah).

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan, dan sebagainya.

23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik, dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment