Tuesday, February 14, 2012

Tatacara Tindakan Menangani Masalah Ponteng Sekolah

1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.

Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:


Surat

Hari Tidak Hadir (P)

Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama

pada hari ke-3

pada hari ke-10

Amaran Kedua

7 hari selepas Amaran Pertama

10 hari lagi selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir

7 hari selepas Amaran Kedua

20 hari lagi selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah

14 hari selepas Amaran Ketiga

20 hari lagi selepas Amaran Ketiga

Jumlah Hari Tidak Hadir

31 hari berturut-turut

60 hari bukan berturut-turut

No comments:

Post a Comment