Tuesday, March 13, 2012

Jawatankuasa Keselamatan Sekolah - skop dan bidang tugas

Penyelaras :
Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN
Perubahan dalam iklim pendidikan mutakhir ini tetah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak 3K Keselamatan Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan kesan dan persekitaran sekolah yang selamat akan mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah murid serta rela memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.

KONSEP
Program Keselamatan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di dalam dan di luar sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati diri) murid untuk membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF
i. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
ii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.
1.1 Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.
1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.
1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.

PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH
1. Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut:
1.1 Bidang aktiviti murid
1.1.1 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah mahupun asrama.
1.1 .2 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan.
1.1.3 Kegiatan luar sekolah dan asrama.

1.2 Bidang bencana alam
-Kebakaran
-Banjir
-Perubahan cuaca
-Wabak penyakit
-Tsunami
-Ribut dan Petir
-Kemarau
-Gempa Bumi
-Jerebu

1.3 Bidang keselamatan fizikal sekolah dan asrama
-Pejabat sekolah dan asrama
-Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik
-Kawalan keselamatan sekolah dan asrama
-Tandas sekolah dan asrama
-Kolam renang
-Peralatan “loose handrails” dan tingkap sekolah dan asrama
-Perabot sekolah dan asrama
-Semua jenis makmal
-Bengkel
-Pusat Sumber/ Perpustakaan
-Padang dan gelanggang permainan
-Stor, landskap
-Dormiteri
-Kawasan sunyi dan gelap
-Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah dan asrama
-Dewan makan asrama
-Dapur asrama
-Pondok pengawal keselamatan
-Kantin
-Tempat menunggu kenderaan
-Bilik-bilik khas

1.4 Bidang Sosial
-Penderaan
-Gangguan seksual
-Rokok
-Gangguan emosi, mental dan rohani
-Pergaduhan antara kaum
-Buli/ pelancoan
-Peras ugut
-Tingkah laku lucah
-Ketagihan arak
-Sumbang mahram
-Penyalahgunaan dadah
-Rogol
-Bunuh diri
-Membunuh

1.5 Bidang persekitaran dan lokasi sekolah
-Kawasan air bergerak, statik : sungai, lombong, laut, tasik, kawasan air terjun dan lain-lain -Sekolah berhampiran jalan raya/ lebuh raya/ landasan kereta api/ lapangan terbang/ kilang/ kawasan perkuburan
-Kawasan bukit, cerun curam
-Loji kumbahan
-Pencawang elektrik

2. Mengenal pasti, memantau dan mengambil tindakan dalam menangani permasalahan premis dan kawasan sekitar sekolah yang berkaitan perkara­-perkara berikut:
2.1 Bangunan Lama dan Uzur
2.2 Sistem Pendawaian
2.3 Serangan Anai-Anai dan Bubuk
2.4 Pintu Pagar dan Pagar Sekolah
2.5 Lereng Bukit
2.6 Padang, Gelanggang dan Peralatan Sukan
2.7 Tangki Air
2.8 Bonggol Keselamatan Jalan Raya, Garisan Kuning
2.9 Lampu ‘AWAS’ isyarat keselamatan
2.10 ‘Warden’ lalu lintas

3. Menyedia dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di Sekolah dan asrama yang difikirkan perlu dengan kemudahan berikut:
3.1 CCTV
3.2 Alat Penggera
3.3 Sistem komunikasi ketika kecemasan,Talian Bomba/ Polis, Hospital, JPA3

4. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
4.1 Kepakaran
4.2 Khidmat Nasihat
4.3 Perundangan
4.4 Latihan
4.5 Kewangan/ Dana
4.6 Perancangan
4.7 Penyelenggaraan

2 comments: