Tuesday, March 13, 2012

Jawatankuasa Kesihatan Sekolah - skop dan bidang tugas

Penyelaras :
Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN
Jawatankuasa Bertindak Kesihatan berperanan memastikan Program Kesihatan dapat dilaksanakan secara bersepadu melalui sokongan dan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi peningkat kebangsaan, seterusnya negeri, daerah dan sekolah.

Penstrukturan Jawatankuasa Bertindak Kesihatan merupakan satu usaha mengemaskinikan semua tugas dan tanggungjawab supaya menjadi lebih efisien dan sempurna. Semoga aduan dan tindakan akan diselesaikan secara bersama agar kualiti hidup murid di sekolah ditingkatkan.

KONSEP KESIHATAN
Aktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-­nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-cini baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya hidup sihat.

Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peratunan dan garis panduan, akan membeni impak kepada kesihatan murid-murid. Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di sekolah.

MATLAMAT
Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.

OBJEKTIF
1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan.
2. Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan Murid:
1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid.
1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah.
1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi lain.
1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktviti Program Kesihatan Sekolah.
1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.
1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien.
1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan
murid dan situasi setempat.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.

3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan Sekolah.

4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Melaksanakan Program Kesihatan:
1.1 Kesihatan Diri
1.1.1 Pengetahuan kesihatan/ Kit kesihatan
1.1.2 Pengurusan diri
1.1.3 Pemakanan sihat dan selamat
1.1.4 Kesihatan mental/ emosi
1.1.5 Kesihatan kerohanian
1.1.6 Kesihatan reproduktif dan seksual
1.1.7 Gaya hidup sihat (senaman, tidak merokok, bebas dadah, bebas HIV/ AIDS dan lain-lain)
1.1.8 Kawalan penyakit berjangkit/ tidak berjangkit
1.1.9 Pertolongan cemas

1.2 Kesihatan Persekitaran
1.2.1 Kantin sekolah sihat
1.2.2 Bilik darjah sihat
1.2.3 Tandas sekolah sihat
1.2.4 Asrama sekolah sihat
1.2.5 Bilik kesihatan sekolah
1.2.6 Peti pertolongan cemas
1.2.7 Sekolah Bebas Denggi
1.2.8 Sekolah Bebas Dadah
1.2.9 Sekolah Bebas Asap Rokok
1.2.10 Kata-kata hikmat
1.2.11 Halwa Telinga
1.2.12 Bekalan air yang bersih dan selamat

2. Aktiviti dan program semasa
2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2.2 Program Susu Sekolah (PSS)
2.3 Bantuan Makanan Skim Baucer Tuisyen (BMSBT)
2.4 Pemakanan Asrama dan Kantin Sekolah
2.5 Kursus Pengendalian Makanan Kantin Sekolah/ Pengendali Makanan Asrama
2.6 Kempen Pemakanan Seimbang, Sihat dan Selamat
2.7 Seminar Pengurusan Warden Asrama
2.8 Penambahbaikan dan Peningkatan Perkhidmatan Bilik Kesihatan Sekolah
2.9 Program Pendidikan Sekolah Sihat
2.10 Gotong-Royong Perdana KPM
2.11 Karnival Kesihatan
2.12 Seminar Pembangunan Kesihatan Murid
2.13 Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah
2.14 Pertandingan 3K
2.15 Seminar Pengurusan dan Kualiti Makanan

3. Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (Program Bersepadu Sekolah Sihat)
3.1 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
3.1.1 Ceramah kesihatan secara individu dan berkumpulan
3.1.2 Penyaringan pertumbuhan kesihatan murid sekolah
3.1.3 Penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan ketajaman penglihatan, masalah
pendengaran dan lain-lain
3.1.4 Imunisasi
-BCG (sekiranya tiada parut) bagi Tahun 1 dan Tahun 6
-lmunisasi mencegah penyakit Diptheria dan Tetanus (DT) bagiTahun 1
-lmunisasi mencegah Polio
-Imunisasi mencegah ‘Measles, Mumps dan Rubella’ (MMR)
-lmunisasi Tetanus untukTingkatan 3
3.1.5 Menerima rujukan kes daripada guru dan dan sekolah
3.1.6 Memberi rawatan ringan di sekolah
3.1.7 Merujuk murid ke Klinik Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan

3.2 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian

3.3 Ceramah Kesihatan

3.4 Pameran Kesihatan

3.5 Promosi Kesihatan Mental untuk kanak-kanak dan remaja

3.6 Kempen Gaya Hidup Sihat

3.7 Menyebarkan maklumat kesihatan melalui buku, risalah, pemplet dan poster

3.8 Doktor Muda

3.9 PROSTAR sekolah

3.10 Pemeriksaan tempat pembiakan aedes di sekolah

3.11 Pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah

3.12 Mengeluarkan Sijil Pengendali Makanan

3.13 Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah

3.14 Bekalan air beriodin di kawasan-kawasan yang mengalami Gangguan Akibat Kekurangan lodin (GAKI)

3.15 Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat untuk anggota kesihatan dan guru-guru sumber PBSS di sekolah

3.16 ‘Quality Assuarance Programme’ untuk pengesanan masalah ketajaman penglihatan kalangan murid-murid Tahun 1 di seluruh negara

4. Kawalan pemakanan di sekolah
4.1 Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah
4.1.1 Sijil Pengendali Makanan
4.1.2 Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan 4.1.3 Menu makanan dan kos harga jualan
4.1.4 Makanan dan minuman yang boleh/ tidak boleh dijual
4.1.5 Proses penyajian makanan
4.1.6 Kualiti makanan
4.1.7 Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah

4.2. Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah
4.2.1 Kemudahan bekalan air bersih
4.2.2 Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stok basah dan
kering
4.2.3 Susun atur dan penyelenggaraan premis 4.2.4 Jadual berkala pembersihan premis kantin 4.2.5 Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan
4.2.6 Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan terhindar
daripada LILATI)
4.2.7 Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas
4.2.8 Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah

4.3 Pengurusan Penamatan Perkhidmatan Kantin Sekolah
4.3.1 Melanggar perjanjian Perkhidmatan Kantin Sekolah
4.3.2 Kes keracunan dan kes disita

No comments:

Post a Comment