Tuesday, March 13, 2012

Peraturan Keselamatan di Kelas

1. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas.
2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.
3. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk kecuali dengan izin guru.
4. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.
5. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.
6. Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas rehat, serta sebelum balik.
7. Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata pelajaran yang berikutnya.
8. Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang dipamerkan di papan kenyataan kelas.
9. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam kelas tanpa kebenaran guru.
10. Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru.
11. Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam.
12. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa menggunakannya.
13. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah. 14. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan segera.
15. Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan.
16. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

No comments:

Post a Comment