PANDUAN KAWALAN WABAK/ KEJADIAN KLUSTER ILI
AKTIVITI SARINGAN MURID BAGI MENGELAKKAN PENULARAN WABAK H1N1
PERKARA | TINDAKAN | CATATAN |
Kelas / Makmal / Bengkel Pemantauan sebelum setiap sesi pembelajaran mata pelajaran pertama setiap hari : -kenal pasti murid yang demam + selesema / batuk -arahkan murid ke Bilik Rawatan |
· Guru mata pelajaran |
*tanda dan gejala Influenza A (H1N1) adalah demam (38C ke atas), batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit badan, sakit kepala, lesu, dan sukar bernafas. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah. |
Bilik Rawatan -Suhu badan murid diperiksa -Jika demam + selesema / batuk, pastikan murid memakai topeng mulut (mask).
|
· Guru AJK Kesihatan · Guru bertugas mingguan |
Suhu diperiksa menggunakan thermometer penyukat suhu. |
Pejabat Sekolah Ibu / bapa / penjaga murid dimaklumkan dan diminta datang mengambil murid di Bilik Rawatan untuk dibawa ke hospital/ pusat kesihatan untuk rawatan lanjut |
· Guru AJK Kesihatan · Guru bertugas mingguan · Staf pejabat |
Murid tidak dibenarkan balik bersendirian |
Pejabat Sekolah Pejabat Kesihatan Daerah dimaklumkan jika terdapat 5 KES ATAU LEBIH murid yang demam + selesema / batuk pada setiap hari.
|
· Guru AJK Kesihatan · Guru bertugas mingguan · Staf pejabat |
Tel. Pejabat Kesihatan Daerah :
|
Nota :
Murid-murid mesti sentiasa menjaga kebersihan diri, menjarakkan kedudukan dengan individu lain (social distancing), mencuci tangan dengan cara yang betul dan mengamalkan etika batuk yang betul (cough etiquette). Murid-murid mesti meminimumkan aktiviti di luar rumah / pergi ke tempat awam.
No comments:
Post a Comment