Friday, August 26, 2011

PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PERSEKOLAHAN

PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PERSEKOLAHAN
SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN

1. MURID LELAKI
1.1 Seluar
Seluar panjang hijau gelap (hijau tua).
Ukur lilit kaki seluar mestilah 40.7cm (16 inci).
1.2 Baju
Baju putih kain kapas berlengan pendek sahaja.
1.3 Tali leher
Hanya yang telah disediakan oleh sekolah (dijual di koperasi sekolah).
1.4 Kasut
Kasut kanvas sekolah biasa berwarna putih seluruhnya.
1.5 Stoking
Warna putih sahaja – kain kapas atau nilon

2. MURID PEREMPUAN
Murid perempuan boleh memilih berbaju pinafor atau kurung.
Walau bagaimanapun adalah menjadi etika sekolah ini murid perempuan Islam memakai baju kurung lengkap dengan tudung.
2.1 Baju kurung teluk belanga putih, berkain kapas dan tidak nipis / jarang. 2.2 Memakai kain sarung biru muda yang disusun tepi.
2.3 Tudung berwarna putih tanpa hiasan serta tanpa kerongsang.
2.4 Semua murid perempuan dimestikan memakai baju alas (singlet).

3. TANDA NAMA DAN LENCANA
3.1 Semua murid diwajibkan memakai tanda nama (name tag) dan lencana yang ditempah dan
dijual di koperasi sekolah.
3.2 Tanda nama hendaklah dilekatkan di bahagian poket bagi murid lelaki dan bahagian kiri
tudung bagi murid perempuan.
3.3 Lencana hendaklah dijahit di bahagian poket iaitu di bawah tanda nama bagi murid lelaki
dan di bawah tanda nama bagi murid perempuan.
3.4 Tanda nama sementara hendaklah digunakan sementara menunggu tanda nama sebenar siap.

4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
4.1 Seluar trek berwarna biru tua yang dijual di koperasi sahaja.
4.2 Baju T sekolah berwarna kuning yang dijual di koperasi sekolah sahaja yang boleh dipakai.
Bagi murid lelaki, baju T berlengan pendek sahaja dibenarkan dan hendaklah dikemaskan
ke dalam seluar (tuck in).
4.3 Kasut kanvas putih. Kasut sukan berwarna putih sahaja yang dibenarkan.
4.4 Murid perempuan Islam mestilah memakai tudung semasa bersukan. Boleh memakai
tudung berwarna putih atau hitam (tanpa renda).
4.5 Untuk latihan sukan, murid juga boleh menggunakan baju T rumah sukan masing-masing.

5. PAKAIAN KOKURIKULUM
5.1 Murid boleh menggunakan pakaian (4) di atas untuk acara yang sesuai atau pakaian
seragam sekolah yang lengkap.
5.2 Bagi aktiviti Kelab, Persatuan, Pengawas Pusat Sumber: murid boleh juga menggunakan
baju T yang dibuat oleh unit berkenaan. Walau bagaimanapun, baju T tersebut hendaklah
mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu sebelum dicetak.
5.3 Bagi Badan Beruniform, murid hendaklah menggunakan pakaian seragam yang Iengkap.
Pada waktu persekolahan, ahli Badan Beruniform hendaklah memakai uniform mereka pada
hari Rabu sahaja.
5.4 Murid hendaklah berkasut dan bukan memakai selipar atau terompah. Kasut yang telah
ditetapkan dalam Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Perkara 1, 2 dan 4 sahaja boleh
digunakan.
5.5. Pakaian bagi aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah juga tertakluk kepada peraturan
ini kecuali mendapat kebenaran Pengetua.

6. PERKARA-PERKARA LAIN
6.1 Murid dilarang menggunakan alat solek dan barang kemas termasuk barang kemas bukan
emas.
6.2 Murid dan bekas murid yang berurusan dengan pihak sekolah pada bila-bila masa juga
hendaklah berpakaian kemas; baju kemeja (tuck in), berseluar panjang dan berkasut.
Penampilan rupa juga perlu kemas dan bersih.
6.3 Murid dilarang keras membawa telefon bimbit dan permainan elektronik ke
sekolah. Sekiranya ingkar, alatan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa sahaja yang
boleh menuntutnya pada hujung tahun.
6.4 Sekiranya murid-murid terlibat dengan kes buli, tindakan berikut akan diambil:
• Ibu bapa akan dipanggil
• Murid boleh digantung persekolahan sehingga 14 hari atau dibuang sekolah.
• Sesi kaunseling
• Tidak dibenarkan mewakili aktiviti di luar kawasan sekolah sehingga berlaku perubahan
tingkah laku.
• Nama murid akan diumumkan di perhimpunan dengan tujuan murid ini akan dapat
dibantu oleh warga sekolah.

(SILA RUJUK BUKU PERATURAN SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI DAN JELAS)

2 comments:

  1. Assalamualaikum.Kalau pakai purdah di sekolah menengah kebangsaan boleh kaa ?.

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya adakah Salah anak saya tahun 1 memakai pinafore pada hari biasa tetapi masa subject agama dia pakai baju kurang dan tudung?

    ReplyDelete