Saturday, March 24, 2012

Tanggungjawab Murid terhadap Keluarga

Manusia mempunyai naluri menyayangi dan mengasihi ibu bapa atau penjaga iaitu orang yang pertama memelihara, mendidik, memberi per­lindungan dan kasih sayang kepada anaknya. Justeru itu adalah menjadi kewajipan anak mengasihi dan mentaati kedua-dua ibu bapanya hingga ke akhir hayat. Jika ia tidak mempunyai sifat ini maka ia dianggap sebagai individu yang tidak mempunyai peribadi yang baik.

Untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarganya, seorang murid itu perlulah mengamal­kan perkara-perkara seperti berikut:-

-Mematuhi nasihat ibu bapa dan keluarga
Murid perlu membantu keluarga untuk meringankan beban dan tanggungjawab mereka seperti membantu kerja-kerja di rumah, berjimat cermat dan membantu pekerjaan ibu bapa.

-Menjaga nama baik keluarga
Murid mestilah menjaga nama baik dirinya sendiri kerana tingkah laku anak yang baik akan mencerminkan nama baik ibu bapanya.

-Memenuhi harapan ibu bapa dan keluarga
Setiap ibu bapa ingin melihat anaknya berusaha bersungguh-sungguh, belajar dengan tekun, dan berkelakuan baik, agar berjaya dalam kehidupan.

-Berbangga dengan keluarga sendiri
Murid hendaklah menerima dan bersyukur dengan keluarganya biar apa-apa pun kedudukan dan keadaan hidup keluarganya.

No comments:

Post a Comment