Sekolah ialah rumah kedua bagi murid dan Pengetua serta guru-guru sebagai pengganti ibu bapa. Oleh sebab itu murid hendaklah:-
-Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
Setiap murid bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah, tetapi juga perlu mematuhi dan mengamalkannya setiap masa.
-Menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah
Kebersihan amat dihargai dan kerana itu murid perlu menjaga dan meningkatkan kebersihan seluruh kawasan sekolah termasuk bilik darjah, bilik-bilik khas, kantin, tandas, dan lain-lain.
-Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
Semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah hendaklah digunakan dengan cermat dan murid bersama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatannya. Penyalahgunaan dan kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru-guru.
-Menjaga keceriaan sekolah
Murid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam dan memelihara pokok-pokok bunga, melukis mural, membina arca, dan sebagainya.
-Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan sekolah
Setiap murid hendaklah sentiasa bekerjasama mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan dan berkesan dengan mematuhi peraturan sekolah. Semangat kekitaan dan kekeluangaan seharusnya diamalkan di sekolah melalui hubungan baik sesama murid, dengan guru, dengan Pengetua, dan kakitangan sekolah. Murid seharusnya berbangga terhadap sekolah senta menjaga nama baiknya dan berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang penting dalam mencorakkan masa depannya.
-Memahami susun lapis masyarakat sekolah
Secara kasar sekolah mempunyai susun lapis yang dianggotai oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru-Guru, Kakitangan Bukan Guru, Pengawas-Pengawas, Ketua Kelas, dan murid-murid. Setiap anggota masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Kejayaan sekolah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama erat dalam kalangan warganya.
-Menghormati bendera, lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah
i) Menghormati bendera
•Murid hendaklah sedan bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi negara, negeri dan juga sekolah
•Murid hendaklah mengetahui dan memahami pengertian lambang dan warna bendera-bendera tersebut.
•Murid hendaklah menghormati bendera negara, bendera negeri dan bendera sekolah terutama ketika bendera-bendera tersebut sedang dikibarkan.
•Murid hendaklah merasa bangga dengan bendera negara, bendera negeri, dan bendera sekolah.

ii) Menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah
•Semua murid mestilah mengetahui seni kata lagu Negaraku, Lagu Negeri, dan lagu sekolahnya. Murid juga harus memahami serta menghayati seni kata lagu-lagu tersebut.
•Murid hendaklah berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa lagu-lagu tersebut dinyanyikan atau diperdengarkan dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.
•Murid hendaklah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan betul dan bersemangat.

iii) Perhimpunan sekolah
•Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi peringkat sekolah.
•Murid mesti hadir semasa perhimpunan sekolah dan ketika menghadirinya murid hendaklah bertatatertib, teratur, hormat serta patuh kepada peraturan-peraturan perhimpunan yang ditetapkan.
•Murid mesti hadir semasa perhimpunan sekolah dan ketika menghadirinya murid hendaklah bertatatertib, teratur, hormat serta patuh kepada peraturan-peraturan perhimpunan yang ditetapkan.
Gila
ReplyDeleteLepaks
DeleteSangat bermanfaat
ReplyDeleteBangir
ReplyDeleteHai .anyone want to be virtual friends for temporarily
ReplyDeleteok
Deletegood..
ReplyDelete