Saturday, May 12, 2012

Pekeliling dan Surat Siaran tentang Disiplin


BIL
TAJUK
PERKARA
ISI KANDUNGAN
TINDAKAN

1.


























Surat Pekeliling
Bil.6/68.
Bertarikh :  
10 September 1968
























Pembuangan Murid daripada Sekolah-Sekolah kerana Kelakuan curang.

























  1. Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga memberi akuan terima.

  1. Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya kelakuan murid tidak bertambah baik.

  1. Sekiranya murid tidak patuh, Guru besar/Pengetua boleh mengantung persekolahan maksima dua minggu.

  1. Satu salinan semua amaran penggantungan atau pembuangan mestilah dikirim kepada pendaftar sekolah dan Pengarah Lembaga Sekolah.

  1. Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk dibuat penyelidikan / penyiasatan. Jika munasabah murid tersebut boleh dibuang sekolah.

  1. Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diperlukan.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

2.

Surat Pekeliling Bil. 8/68 Bertarikh :
18 September 1968.

Tatatertib di Sekolah-Sekolah.

  1. Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.

  1. Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar

  1. Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau pengantungan sementara (tidak melebehi 10 hari).

  1. Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

3.





Surat Pekeliling Bil.6/68 dan 8/68
Bertarikh :
12 Oktober 1968.


Tambahan kepada Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan),



  1. Pengantungan pelajar maksima 14 hari.

  1. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh kepada Menteri Pendidikan.



Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

4.

Surat Pekeliling
Bil.1/1972
Bertarikh :
4 Feb. 1972.

Peraturan-peraturan (tatatertib sekolah) Pelajaran 1959.

  1. Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan dilarang.

  1. Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung yang berlapik.

  1. Hukuman hanya diberi oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikan.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

5.

Surat Pekeliling
Bil.6A/1975
Bertarikh :
5 Sept.1975

Murid-Murid Menghisap Rokok

  1. Semasa perhimpunan Guru Besar dikehendaki memaklumkan kepada pelajar bahawa:

    • Penghisapan rokok adalah dilarang kerana kesihatan.
    • Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan.
    • Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar untuk membuat pengukuran.
    • Selepas tempoh pengampunan murid yang merokok akan menghadapi tindakan disiplin.

  1. Langkah-langkah ke atas murid-murid yang merokok:
  • Tindakan disiplin yang sewajarnya.
  • Ibu bapa/penjaga pelajar diberitahu.
  • Murid dirujuk kepada guru panduan untuk nasihat..
  • Guru panduan menyimpan rekod untuk tujuan penyelidikan Kementerian Pelajaran.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

6.

Surat Pekeliling
Bil.7/1975
Bertarikh :
19 Ogos1975

Salahguna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar.

  1. Matlamat Kementerian Pelajaran membantu pelajar mengelakkan dari publisiti.
  2. Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.
  3. Tindakan-tindakan yang harus diambil:


  • Rujukan sendiri.
  • Rujukan oleh guru-guru / murid.
  • Rujukan dibuat atas keputusan tindakan disiplin.

4.  “Checklist” tindakan yang harus
     diambil.
5.  Jenis-jenis dadah yang disalah
      gunakan


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

7.

Surat Pekeliling
Bil.9/1975
Bertarikh :
4 Nov.1975

Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid.

  1. Guru Besar dan semua guru bertanggungjawab menjaga disiplin sesebuah sekolah.

  1. Guru Besar dan semua guru mesti memahami ordinan-ordinan/surat-surat pekeliling / Pekeliling Ikhtisas – Lam[piran A.

  1. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat – Lampian B.

  1. Pertauran-peraturan sekolah yang bertulis untuk murid. Ti ndakan oleh tiap-tiap sekolah – Lampiran C.

  1. Pertauran-peraturan khas untuk asrama, Perpustakaan dan Bilik-Bilik Mata Plajaran Praktikal.

  1. Guru mesti menjadi teledan baik kepada murid.





Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

8.

Surat Pekeliling
Bil. 2/1976
Bertarikh :
7 Januari 1976

Potongan Rambut Murid-Murid.

  1. Peraturan merangkumi murid-murid sekolah, guru dan kakitangan lain.

  1. Rambut murid-murid lelaki.

  1. Misai dan janggut.

  1. Rambut murid-murid perempuan.

  1. Menjadi tanggugjawab guru dan kakitangan lain memberi teladan yang baik kepada pelajar.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

9.

Surat Pekeliling
Bil. 11 / 1976
Bertarikh :
9 Oktober 1976.

Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah.

  1. Permainan berunsur judi dilarang       di sekolah-sekolah.

  1. Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

10.

Surat  Pekeliling
Bil. 7 /1977
Bertarikh :
7  Sept.1977

Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah.

  1. Pengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan pelajar.

  1. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar :
  • Waktu mencari penaja.
  • Persetujuan ibu bapa murid.
  • Keselamatan dan kebajikan murid.






Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

11.

Surat Pekeliling
Bil. 9 / 1977
Bertarikh :
3 OKtober 1977

Menganjurkan Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah.

  1. Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuajn Ibi Bapa dan Guru-Guru dan badan-badan yang berkaitan dengan sekolah dilarang.

  1. Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah-sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak dilarang.

  1. Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

12.

Surat Pekeliling
Bil. 4 / 1978
Bertarikh :
2 Mei 1978

Acara  Suaikenal Di Sekolah-Sekolah.

  1. Melarang ‘ragging’ yang bertopeng suaikenal di sekolah-sekolah.

  1. Mereka  yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah tanpa amaran.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

13.

Surat Pekeliling
Bil. 2/1979
Bertarikh :
26 Mac 1979.

Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan.

  1. Arahan membuat laporan terperinci mengenai pelajar-pelajar sekolah yang dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan pertolongan.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

14.

Surat Pekeliling
Bil. 4/1982
Bertarikh :
1 Oktober 1982.

Permainan ‘Pin-Table , Video Game, Game Watch’.

1.   Melarang pelajar sekolah :
·         Bermain permarkahan ‘Pin-table, video game’ dan lain permainan yang seumpama.
·         Membawa ke sekolah segala jenis ‘game watch’.
  1. Mengambil tindakan yang sewajar terhadap pelajar yang bersalah.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

15.

Surat Pekeliling
Bil. 1 / 1983
Bertarikh :
25 Feb. 1983

Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah.

      1.   Langkah-langkah positif bagi menjaya
            kempen anti merokok.




Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

16.

Surat Pekeliling
Bil.3/1983.
Bertarikh :
9 Mac 1983.

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

1.   Mengemas kini arahan yang berhubung dengan pakaian murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam aspek-aspek,

·         Pakaian seragam sekolah.

·         Pakaian ketika bersenam / bersukan.

·         Pakaian dalam Pasukan Beruniform

·         Pakaian murid-murid Islam hari Jumaat.

·         Pakaian seragam khas.

·         Kasut.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

17.

Surat Pekeliling
Bil.6/1983.
Bertarikh :
23 April 1983.

Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan.

1.  Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyedarkan dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

18.

Surat Pekeliling
Bil.7/1983.
Bertarikh : 11 April 1983
11 April 1983

Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah.

1.     Menyatakan beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin


19.

Surat Pekeliling
Bil.8/1983.
Bertarikh :
7 November 1983.

Mengenai Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

1.  Menyarankan kepada Guru Besar dan guru-guru kepentingan mengenakan tindakan yang adil dan sejajar bagi jenis kesalahan tersebut.


2.  Kewajipan Guru Besar dalam membimbing guru-guru dalam menjalankan tugas mengenai disiplin pelajar.

3.  Guru Besar juga disarankan menjalankan langkah-langkah positif untuk mendisiplinkan murid-muridnya.



Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

20.

Surat Pekeliling
Bil.4/1984
Bertarikh :
14 Jun 1984.

Perhimpunan Sekolah.

1.  Mewajipkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.

2.  Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek
  • Masa
  • Aturcara

3.  Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam perkara berikut;
  • Surat Pekeliling AM Bil.23 Tahun 1996.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
  • Surat Pekeliling IKhtisas Bil.8/1975.
  • Penglibatan semua guru atau pelajar
  • Menggalakan penglibatan kakitangan bukan guru
  • Mengadakan aktiiviti positif dan dilarang menjalankan hukuman disiplin kepada pelajar.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

21

Surat Pekeliling
Bil.4/1984.
Bertarikh :
10 September 1984.

Perhimpunan Sekolah (Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/84)

1.  Memasukkan lagu ‘Malaysia Berjaya’ semasa perhimpunan (selepas lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri).

2.  Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum waktu pertama bermula untu menyenyikan lagu’Negaraku’ dan ‘Malaysia Berjaya’.Nyanyian dengan teratur dan tertib.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

22.

Surat Pekeliling
Bil.8/1985.
Bertarikh :
22 November 1985

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)

1.  Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah berwarna putih dan diperbuat daripada’canvas’/bahan sintetik yang mempunyai daya serap dan saluran gerak udara.

2.  Stoking berwarna putih.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

23.

Surat Pekeliling
Bil.7/1986.
Bertarikh :
1 Ogos 1986.

Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.

1.  Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.

2.  Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organoisasi sekolah dan bagi menentukan disiplin.Berkuasa menentukan hukuman yang munasabah.

3.  Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin.

4.  Menubuhkan jawatan kuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah.

5.  Pejabat Pelajaran Daerah perlu berusaha mengambil langkah-langakh bagi mengurangi masalah-maslah disiplin.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

24.

Surat Pekeliling
Bil.8/1988.
Bertarikh :
1 Mac 1988.

Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

1.  Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar.

2.  Menekankan aspek keselamatan melalui :
  • pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan.
  • memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah.
  • sistem kawalan rekod yang kemas.
  • menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal.
  • system berteman.
  • mengawasi kawasan dengan kerap.
  • menjadikan peraturan keselamatan sebagai     peraturan sekolah.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

25.

Surat Pekeliling
Bil.2/1991.
Bertarikh :
5 Feb.1991.

Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid

1.  Pelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik  ketika berada di masjid.

2.  Tindakan yang perlu diambil :
  • memperingatkan para pelajar  mengenai adab dan tatatertib di Masjid.
  • Guru perlu mengawas kelakuan pelajar .
  • Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang pengawas.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

26.

Surat Pekeliling
Bil.3/1991.
Bertarikh :
16 Mei 1991


Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara  Sekolah/Institusi Pendidikan.

Cadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

27.

Surat Pekekiling
Bil.4/1991.
Bertarikh :
16 Mei 1991.

Pelaporan Kejadian Tidak Diingini                Di Sekolah.

1.  Pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok, merusuh mencedera dan bergaduh.

2.  Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, PPB/D dan Jabatan Pendidikan Negeri.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

28.

Surat Pekeliling
Bil. 3/1992.
Bertarikh :
14 Mac 1992

Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi Pelajar-pelajar Perempuan .

Tidak ada paksaan kepada perempuan memakai tudung atau mini telekung di sekolah.Walaupun pemakaian tudung dan mini telekung dibenarkan dibawah Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 - Pakaian Murid –murid Sekolah.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

29.

Surat Pekeliling
Bil.3/1993.
Bertaikh :
15 Feb 1993


Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah

1.  Sekolah mesti melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku disekolah kepada polis dengan segera.

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

30.

Surat Pekeliling
Bil 6/1993
Bertarikh :
3 Jun 1993

Pakaian Seragam Sekolah

1.Adalah ditegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam atau menggunakan peraturan sendiri.

2.Surat-surat pekeliling bilangan 3/1983, Bil.8/1983 dan Bil.3/1992 hendaklah dipatuhi.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

31.

Surat Pekeliling
Bil.6/1994
Bertarikh :
12 Sept. 1994

Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di kalangan Pelajar dan Senanam Ringkas Dalam Bilik Darjah.

1.  Semua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cintakan terhadap Negara.

2.  YB. Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan mingguan atau harian.

3.  Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh penghayatan ndari semua pihak.

4.  YB. Menteri meyarankan supaya senaman ringkas diadakan didalam bilik darjah sebelum memulakan P&P .

5.  Semangat patriotisme dan senaman ringkas disarankan supaya dapat diadakan disemua sekolah dan serta-merta.


.
Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

32.

Surat Pekeliling
Bil. 6/1995.
Bertarikh :
5 Sept. 1995.

Menangani Masalah Ponteng di Sekolah

1.  Ponteng sekolah dan ponteng kelas dua masalah yang perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang berkaitan.

2.  Pihak Kementerian telah menerbitkan dan mengedarkan Buku Panduan bagi mengatasi ponteng di sekolah. Saranan dan cadangan dalam buku ini diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin







33.

Surat Pekeliling
Bil. 7/1995
Bertarikh :
11 Okt. 1995

Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah.

1. Terdapat laporan mengatakan pihak sekolah telah mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas kesalahan disiplin pelajar yang terlibat.


2. Keadaan ini boleh menjejaskan maruah dan reputasi Kementerian Pendidikan.

3. Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam Lampiran ini.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

34.


Surat Pekeliling
Bil.2/1996.
Bertarikh :
24 Jun 1996.

Penampilan Diri Pelajar,Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.

1.  Meminta semua sekolah mengambil langkah –langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kalangan  pelajar.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

35.

Surat Pekeliling
Bil. 4/1996.
Bertarikh :
3 Sept. 1996.

Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah

1.  Pengetua/Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pelajar yang melakukan kesalahan –kesalahan berat.

2.  Pengetua / Guru Besar diberi kuasa tehadap guru dan murid untuk melaksanakan hukuman yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan

3.  Hukuman dibuat sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan dan kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa .


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

36.

Surat Siaran
KP(BS) 8591/JLD VIII (57)
Bertarikh :
24 Feb 1997

Tindakan Serta Merta Membenteras Masalah Sosial Di kalangan Murid-Murid

1. Mengenalpasti dan menyediakanmaklumat murid bermasalah sosial .

2.  Melaporkan maklumat itu kepada PPB/D dan JPN.


3.  Memaklumkan kepada ibubapa /penjaga pelajar yang terlibat .

4.  Mempertingkatkan usaha serta perhatian guru bimbingan terhadap murid yang terlibat.

5. PPB/D hendaklah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah untuk menangani masalah ini.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

37.

Surat Pekeliling
Bil. 4/1997.
Bertarikh :
22 Mei 1997

Hukuman Ke atas Murid Menghisap Rokok .

1. Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling :Ikhtisas Bil. 6a/1975

2. Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok.

3. Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga kali.

4. Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih mengulangi kesalahan merokok.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

38.

Surat Pekeliling
Bil. 5 /1997.
Bertarikh :
22 Mei 1997

Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok.

1.  Bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.

2.  Semua guru ,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok dikawasan sekolah , samada dibilik darjah , dikawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung. 


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

39.

Surat Pekeliling
Bil. 16/1998
Bertarikh :
6 Ogos 1998

Menangani Kegiatan Gengster
Di Sekolah

1. Sekolah mesti melaporkan kepada pihak polis jika terdapat kegiatan berkenaan .

2. Tindakan pemulihan perlu dilakukan keatas pelajar yang telah disahkan terlibat.


3. Tindakan pencegahan juga perlu diambil.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

40.

Surat Pekeliling .
Bil.18/1998
Bertarikh :
2 Sept. 1998

Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan

Guru Besar diperlukan menggunakan budi bicara dalam menangani masalah yang dihadapi terutama isu-isu sremasa yang tidak diduga atau isu-isu sensitf .


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin


41

Surat Pekelling
Bil. 7/1999.
Bertarikh :
10 Jun 1999

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah

1.  Semua sekolah menengah disaran menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

2.   Kes jenayah melibatkan murid sekolah didapati meningkat dan gejala ini mesti diberi perhatian serius.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

42.

Surat Pekeliling .
Bil 8/1999
Bertarikh :
10 Jun 1999

Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalan Pergi dan Balik Sekolah

1. Bertujuan menengaskan kepentingan mengwujudkan peraturan peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan .

2. Antara langkah yang boleh diambil ialah :
·         Manfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancang langkah-langkah keselamatan murid.
·         Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa membuat rondaan di kawasan berisiko.
·         Membersihkan semak samun di laluan pelajar supaya terbuka dan selamat.
·         Mengwujudkan tatacara mengenai cara membjuat pelaporan tentang insiden orang yang disyaki berniat jahat.

·         Mempamirkan peraturan / poster
·         keselamatan .
·         Mengunakan ruang saperti perhimpunan bagi memperingatkan warga sekolah tentang keselamatan .
·         Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

43.

Surat Pekeliling .
Bil 6/2000.
Bertarikh :
14 Mac 2000

Menangani Masalah Keselamatan , dadah dan Gengster

1. Supaya sekolah mengambil tindakan proaktif dalam usaha memastikan sekolah sentiasa selamat dan bebas dari insiden yang tidak diingini seperti murid diugut , diperkosa dan penyalahgunaan dadah , penglibatan dengan pelakuan ala gengster


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin.

44.

Surat Pekeliling
Bil 11/ 2000
Bertarikh :
5 Julai 2000

Membenteras Jenayah Di kalangan Murid Sekolah

1.  Sekolah mesti melaksanaan program pencegahan jenayah.

2.  Sekolah mesti mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah disiplin terutama perlakuan berunsur jenayah tanpa menunggu keadaan menjadi lebih serius.

3.  Semua kes salahlaku tidak dirahsiakan. 


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

45.

Surat Pekeliling
Bil 6/2001
Bertarikh :
6 Jun 2001

Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid Sekolah

1. Sekolah diminta mendidik murid tentang kesan negatif serta keburukan aktiviti di Cybercafe dan pusat permainan video.

2. Sekolah mengambil langkah memastikan murid-murid tidak terlibat dengan gejala negatif yang boleh diperolehi di premis-premis tersebut


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

46.


Surat Pekeliling
Bil.8/2001
Bertarikh :
19 Julai 2001

Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

1.JPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan disiplin di sekolah-sekolah

2. Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkapkan.

3. Sistam rekod / profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut pergerakan murid.

4. Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan .

5. Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.

6. Sekolah penyayang.

7. Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.

8. Pemuafakatan ibu bapa , sekolah dan masyarakat

9. Sekolah selamat .
 

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

47.

Surat Pekeliling
Bil. 9/2001
Bertarikh :
23 Julai 2001

Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

1. Tindakan awal dan segera perlu diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini.
2. Pihak sekolah hendaklah memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal , Skin Head , Punk dan Cyber Café .
3. Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah mengadakan pemeriksan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid.



4. JPN , PPB/D , Sekolah-sekolah hendahlah mengadakan program khas kepada yang terlibat.
5. JPN , PPB/D , Sekolah-sekolah diminta melaporkan segera kegiatan yang serius kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia jika menjadi berita sensasi di media masa.


Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

48






Surat Siaran
KP(BS/HEP)8543/053 (9)
Bertarikh :
2 Ogos 2001

Pengurusan Pelajar Secara Kolektif

1. Pengurusan Pelajar secara bersepadu hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolah.

2. Semua bertindak dengan hala tuju yang sama.

Pengetua
Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin

49.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 / 2002
Bertarikh :
14 Jun 2002

Pelaksanaan Sekolah Selamat

Panduan Pelaksanaan Program Sekolah Selamat di Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah.

Pengetua
Guru Besar
PKHEM
Guru Disiplin
Kaunselor.


50.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 / 2003 Bertarikh :
29 Oktober 2003


Kuasa Merotan Murid

Panduan pelaksanaan Hukuman Merotan Murid, Prosedur Merotan Murid serta Surat ’Turun Kuasa’ Merotan Murid.

Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin


51.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 2003 Bertarikh :
29 Oktober 2003


Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah [Vandalism] Dikalangan Murid – Murid Sekolah.

Pengurusan Sekolah Dikehendaki menyediakan ’Buku Log Laku Musnah’.

Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin


52.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 2003 Bertarikh :
4 Disember 2003

Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar [Lab] Murid – Murid Sekolah Rendah Dan Menengah

Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar Murid-Murid Sekolah serta panduan am pelaksanaannya.

Guru Besar
PK HEM
Guru Disiplin
Kaunselor

1 comment: