Sunday, March 24, 2013

Pengetua dan Tanggungjawab Perundangan

Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959

PENGERTIAN DISIPLIN
Kualiti yang membolehkan seseorang bertingkah laku atau bekerja dalam keadaan yang terkawal dan mengikut peraturan-peraturan atau standard-standard tertentu yang ditetapkan.
Tujuannya untuk memastikan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam sesuatu kelompok, institusi atau masyarakat.

Undang-Undang Yang Terpakai Kepada Disiplin Murid
• Pada masa ini, undang-undang yang terpakai kepada disiplin murid masih lagi Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, yang dibuat di bawah Ordinan Pelajaran 1957.
• Undang-undang lain yang sedikit sebanyak berkait adalah seperti:
(i) Akta Kanak-Kanak 2001; dan
(ii) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC)
• Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas yang menjelaskan pelaksanaan Peraturan-Peraturan Disiplin hendaklah sentiasa dirujuk dalam melaksanakan Peraturan-Peraturan Disiplin

* apa-apa bentuk peraturan disiplin di peringkat sekolah tidak boleh bercanggah dengan peraturan, arahan dan polisi yang ditetapkan KPM dari semasa ke semasa melalui SPI dan arahan-arahan yang dikeluarkan.
Pihak Berkuasa Disiplin

Peraturan 4
- PENGETUA bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud tersebut, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah.

Peraturan 6
- PENGETUA dibenarkan menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menghukum kepada guru-guru/ murid-murid lain yang dilantik tertakluk kepada syarat-syarat/ had-had yang difikirkan perlu. Kecuali dengan penurunan kuasa, guru-guru lain hanya boleh menjalankan kuasa disiplin dengan arahan-arahan nyata (express directions) oleh Pengetua dalam kes yang tertentu.
- dengan syarat kuasa menjalankan hukuman dera (rotan) hendaklah diturunkan kpd guru-guru berdaftar

*Peraturan 9,13
- Pendaftar dan Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin sekolah.

*Peraturan 9:
kuasa mengarahkan pembuangan murid dari sekolah

*Peraturan 13
kuasa menutup sekolah kerana hal ketidaktenteraman atau ketiadaan disiplin sekolah.

- Walau bagaimanapun, setiap guru bertanggungjawab memelihara disiplin murid sekolah. [menanam asas disiplin yang baik dlm diri murid-murid adalah sebahagian daripada tugas guru dalam memberi pendidikan].
- Oleh itu, kesalahan-kesalahan disiplin kecil bolehlah ditangani oleh guru-guru manakala kesalahan disiplin berat dan serius hendaklah diadukan kepada Pengetua atau guru-guru yang diturunkan kuasa bagi mendapatkan keputusan dan tindakan.
(SPI BIL.10/2001 bertarikh 24 Sept 2001- Semua Guru Adalah Guru Disiplin)

Prinsip-Prinsip Hukuman
- Hukuman hendaklah diputuskan dan dilaksanakan oleh seseorang yang diberikan kuasa memutuskan dan menghukum.
- Matlamat-matlamat hukuman adalah:
(i) MEMBALAS PERBUATAN YG SALAH/MENGHUKUM (RETRIBUTIVE)- namun hendaklah ADIL & SETIMPAL
(ii) MENCEGAH PESALAH DAN ORANG SEKELILING DARIPADA MENGULANGI DAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG SAMA ( PREVENTIVE)
(iii) MEMULIHKAN PESALAH ( REFORMATION)- hendaklah bersifat MENDIDIK

- Antara faktor asas dalam menentukan jenis hukuman:
(i) BERATNYA KESALAHAN
- Lebih berat kesalahan, lebih beratlah hukuman.
- Berat/ Ringannya kesalahan bergantung kepada kekuatan motif/ tujuan melakukan kesalahan dan tahap bahaya akibat kesalahan yang dilakukan.

(ii) KEKERAPAN KESALAHAN DAN KESUNGGUHAN MURID MELAKUKAN KESALAHAN
- Lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid melakukannya, maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan.

(iii) PERWATAKAN DAN LATAR BELAKANG MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN
- Pertimbangan hendaklah juga diberi kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid. Sebagai contohnya, sekiranya murid nakal, sering mengganggu rakan-rakan dan melawan guru, maka hukuman yang lebih berat wajar dikenakan.


No comments:

Post a Comment