Friday, March 25, 2011

Ketegasan Menangani Tingkah Laku Ala Samseng dalam kalangan Murid

(Petikan daripada Surat KPM Bil : KP (BS-SPPK) 601/1(16) bertarikh 11 MAC 2009)


•Tugas mendisiplinkan murid-murid di sekolah merupakan antara tugas utama guru. Semua guru memainkan peranan mereka dalam hal ini dan tidak hanya menyerahkan tugas tersebut kepada sesetengah kumpulan guru sahaja.

•Penglibatan murid dalam kegiatan ala samseng perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah.

•Sekolah sepatutnya mempunyai persekitaran yang selamat agar setiap murid dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka.

•Murid-murid yang menyertai kegiatan ala samseng didapati mengganggu ketenteraman sekolah dan murid-murid lain melalui perbuatan mengancam, mengugut, memukul, dan perbuatn lain seumpamanya.

•Semua murid perlu diperingatkan bahawa sebarang tingkah laku yang melanggar undang-undang atau peraturan-peraturan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah akan dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak berwajib termasuk oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment