Friday, March 25, 2011

Larangan Menghisap Rokok dalam Kalangan Murid

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6A/1975 :
Disiplin – Murid-murid Menghisap Rokok

•Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid daripada aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Semua murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.

•Apabila seorang murid didapati menghisap rokok, langkah-langkah seperti berikut hendaklah diambil:
(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.
(b) Ibu bapa/ penjaga murid itu hendaklah diberitahu supaya kerjasamanya boleh
didapati bagi mempengaruhi murid itu berhenti merokok.
(c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan
(counselling) dan nasihat.


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1997 :
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

•Semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut :

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali

Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali

Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali

Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan
(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)

Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1997 :
Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

•Ketetapan telah dibuat untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

•Semua guru, kakitangan, ibu bapa, atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah.

•Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.

No comments:

Post a Comment