Friday, July 8, 2011

Adab Penjagaan Harta Sekolah

Tanggungjawab menjaga harta sekolah tanggungjawab bersama
-Menjaga harta sekolah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada pengetua dan guru besar semata-mata, tetapi semua warga sekolah. Sekolah merupakan tempat pengajian yang menyediakan pelbagai kemudahan pelajar membabitkan peralatan makmal, bangunan, surau, makmal komputer dan jugakemudahann yang lain bagi kemudahan dan keselesaan pelajar.
Harta sekolah adalah milik sekolah yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Keadaan sekolah yang baik, peralatan pengajaran yang cukup serta pelajar yang bertanggungjawab merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah.

Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah
-Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
-Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.
-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat kejayaan.
-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. -Supaya harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik.

Antara peralatan atau harta sekolah
-Bangunan
-Komputer
-Kemudahan asrama (jika ada)
-Buku teks dan pinjaman buku perpustakaan
-Kerusi dan meja
-Peralatan sukan
-Papan tulis
-Tandas

Cara-cara menjaga harta sekolah
-Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat. -Menjaga dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.
-Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dengan baik, di tempat asalnya dan selamat.
-Melaporkan kepada guru atau kepada pihak pentadbir sekolah jika terdapat mana-mana kerosakan di sekolah.
-Sentiasa menjaga kebersihan dalam kawasan sekolah seperti tandas, kantin, surau tempat berehat dan kawasan-kawasan lain.
-Tidak melakukan pembaziran terhadap penggunaan air dan elektrik kerana ini dapat menjimatkan wang sekolah dalam urusan pembayaran bil bulanan.
-Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. -Mengadakan gotong-royong dalam membersihkan kawasan sekolah seperti mencuci cermin tingkap kelas, membasuh tandas, membersihkan kawasan laman sekolah dan memperbaiki kerosakan peralatan sekolah.
-Selalu menjaga dan menceriakan kelas dan juga persekitaran sekolah.
-Mengadakan pertandingan kelas tercantik dan ceria juga dapat membantu membina semangat yang ada di kalangan para pelajar dalam usaha menjaga harta sekolah.

Kebaikan menjaga harta benda sekolah
-Menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan boleh menarik minat para pelajar.
-Dapat menjimatkan wang kerajaan dalam usaha membiayai peralatan sekolah yang banyak serta dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
-Para pelajar dapat belajar dengan baik, tekun, rajin dan dalam keadaan selesa dan suasana yang ceria.
-Proses pembelajaran akan menjadi lebih baik dan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat membantu meningkatkan prestasi dan kejayaan pelajar.
-Supaya keadaan persekitaran sekolah akan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan menarik, sekali gus memudahkan pihak pengurusan sekolah menjalankan tugas mereka.
-Pelajar akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah. Ini kerana jika peralatan dijaga dengan baik, peralatan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.
-Kurangnya masalah dan tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada para guru pelajar jika semua harta benda sekolah dijaga dengan baik, cermat dan selamat.
-Sebagai tanda bersyukur di atas segala kemudahan yang telah disediakan.
-Pelajar akan di sayangi guru jika dapat menjaga kawasan sekolah dan harta benda sekolah dengan baik.
-Pelajar akan lebih bersemangat untuk menghadirkan diri ke sekolah.

Pelbagai kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik:
-Persekitaran sekolah tidak cantik, busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus. -Persekitaran sekolah yang kotor akan membuatkan pelajar dan semua warga sekolah berasa tidak selesa dan menyusahkan pelajar itu sendiri.
-Menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada pihak pengurusan sekolah.
-Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran seterusnya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tidak dapat dijalankan dengan baik.
-Merugikan wang negara kerana banyak membelanjakan ke arah pembaikan harta benda sekolah yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik.
-Melahirkan para pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas peralatan sekolah dan seterusnya harta awam.
-Jika peralatan sekolah rosak, segala aktiviti sekolah juga akan turut terjejas dan tidak dapat berjalan seperti yang dirancangkan atau dengan lancar.
-Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda sekolah.

Sebab-sebab berlakunya kerosakan harta benda sekolah
-Pelajar berasa kurang berminat untuk belajar.
-Kurangnya pendidikan agama dan moral di kalangan pelajar.
-Pelajar tidak mempunyai rasa tanggungjawab ke atas harta benda sekolah.
-Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.
-Tidak menyayangi dan menganggap harta benda sekolah sebagai harta benda sendiri.

Cara-cara mendidik pelajar supaya bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah
-Menyedarkan para pelajar tentang tanggungjawab menjaga harta benda sekolah. -Memberitahu kepada pelajar kesan-kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik.
-Melatih pelajar supaya menyayangi sesuatu perkara seperti menyayangi harta sendiri.
-Jika ada pelajar telah melakukan kerosakan peralatan sekolah, pelajar berkenaan wajib menggantikannya kepada pihak sekolah.
-Memberi amaran dengan membuat peraturan kepada pelajar bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mereka yang melakukan kerosakan harta sekolah.

No comments:

Post a Comment