Perkongsian maklumat, bahan, saranan, prosedur, dan tatacara yang berkaitan dengan pengurusan bidang hal ehwal murid di sekolah.
Friday, July 8, 2011
Kesihatan Mental
Adakah mental saya sihat?
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO).
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optimum dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
-Selesa dengan diri sendiri
-Selesa dengan orang lain
-Selesa dengan persekitaran
-Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat? Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.
Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
-Mengamalkan cara hidup sihat
-Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
-Berfikir dengan positif
-Buat keputusan secara bijak
-Cari kawan
-Dengar suara hati anda
-Belajar menangani kritikan dengan baik
-Belajar menjadi diri sendiri
-Belajar untuk menyukai diri sendiri
-Belajarlah berkata "TIDAK"
-Rancang masa anda dengan baik
-Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
-Bina keluarga bahagia
-Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari profesional apabila diperlukan.
-Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
-Mengamalkan cara hidup sihat
-Makan makanan seimbang
-Mengekalkan berat unggul
-Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
-Cukup tidur dan rehat
-Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
-Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
-Belajar menerima apa-apa yang anda tidak boleh ubah.
-Berfikir dengan positif
-Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.
Labels:
Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment