Thursday, October 3, 2013

Contoh Tatacara Guru Apabila Pelawat Datang ke Kelas

Pada dasarnya, semua tetamu, pelawat, dan ibu bapa mestilah berurusan di pejabat sekolah sahaja.
 

-Guru yang sedang mengajar hendaklah menghentikan pengajaran.
 

-Guru hendaklah keluar dari kelas menemui pelawat untuk memperkenalkan diri.
 

-Guru hendaklah bertanya akan tujuan kedatangan pelawat.
 

-Pelawat perlulah dipastikan telah mendaftar di balai pengawal.
 

-Jika pelawat mahu berurusan dengan anak/ jagaan, guru hendaklah meminta pelawat pergi ke pejabat sekolah. Setelah dipastikan betul, anak/ jagaan akan diminta pergi ke pejabat dengan pas izin keluar kelas.
 

-Jika pelawat mahu berjumpa dengan murid lain, guru hendaklah meminta pelawat pergi ke pejabat sekolah dan berurusan melalui pihak pengurusan sekolah. Guru tidak boleh sama sekali membenarkan pelawat berurusan secara terus dengan murid yang berkenaan.
 

-Jika kedatangan pelawat disyaki mempunyai tujuan yang negatif / menceroboh, guru hendaklah mendapatkan bantuan daripada guru lain yang berada di kelas berhampiran. Laporkan dengan segera kepada pihak pentadbir.
 

-Pihak sekolah mesti membuat laporan serta-merta kepada pihak polis sekiranya ada kemungkinan berlaku perkara yang mengancam keselamatan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment