Sunday, March 24, 2013

Peraturan Keluar Kelas pada Waktu Persekolahan

1.  Guru yang sedang mengajar di dalam kelas mesti memastikan murid yang mahu keluar daripada kelas mendapatkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS terlebih dahulu.

2.  Murid mesti menggantung PAS KEBENARAN KELUAR KELAS di leher setiap kali keluar dari kelas.

3. Guru mesti memastikan murid memulangkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS selepas digunakan secepat yang mungkin.

4.   SEMUA GURU perlu menegur murid yang keluar kelas untuk berurusan tanpa PAS KEBENARAN KELUAR KELAS supaya kembali semula ke kelas dan mendapatkannya daripada guru yang mengajar.


5.  SEMUA GURU hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa menggantungkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS supaya berbuat demikian.

6.   Guru-guru yang berada di Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran/ Bilik Ketua Panitia/ Bilik Guru hendaklah menyuruh murid yang datang untuk berurusan di bilik-bilik tersebut tanpa PAS KEBENARAN KELUAR KELAS supaya kembali semula ke kelas untuk mendapatkannya daripada guru di kelas (kecuali pada masa rehat/ selepas tamat sesi persekolahan).

7.    SEMUA GURU hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa tujuan supaya kembali semula ke kelasnya dengan segera (contoh : berada di luar tandas/ koridor).

8.    PAS KEBENARAN KELUAR KELAS tidak diperlukan jika guru keluar bersama-sama dengan murid/ sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal/ bengkel/ surau/ padang.

9.     Guru diharap tidak memberikan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS sewenang-wenangnya kepada murid. Seboleh-bolehnya elakkan murid daripada keluar kelas.

10.    Jika ada murid yang baru masuk ke kelas semasa pengajaran sudah bermula, guru hendaklah menanyakan sebab kelewatannya/ tujuan keluar/ dsb. Jika alasan tidak munasabah, catat nama murid yang berkenaan dalam Buku Pengesanan Murid. Denda jika perlu/ kesalahan berulang.

1 comment:

  1. Terima kasih. Saya Sariman bin haji Husin dari SMK Seri Kenangan Segamat.

    ReplyDelete