Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Jawatankuasa Kebersihan Sekolah - skop dan bidang tugas

Penyelaras :
Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN
Cabaran kepada Sistem Pendidikan Negara masa kini antaranya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan berkeperibadian unggul, bagi menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menyedari cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap kebersihan sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, amalan kebersihan perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan warga sekolahnya benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria.
2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.
3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.
4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.
5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.
6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

KONSEP
Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah, pengukuhan dan pengembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat oleh setiap insan.

SKOP DAN BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.
1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.
1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi­-agensi yang berkaitan.
1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan.
1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.
1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah.
3.1 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.
3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.

6. Menyedia dan membuat laporan berkala.

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Melaksanakan program-program kebersihan
1.1 Kebersihan diri
-Program Penjagaan Gigi dan Mulut
-Program Bebas Kutu
-Program Cuci Tangan
-Program Penjagaan Kuku
-Program Kemas Diri
-Program Membasmi Kudis Buta

1.2 Kebersihan Fizikal
-Pertandingan Kebersihan Kelas
-Pertandingan Landskap Antara Kelab/ Persatuan
-Pelaksanaan Kantin Ala Kafeteria
-Tandas Angkat Kelas

1.3 Kebersihan Persekitaran
-Program Bebas Denggi
-Sudut Keceriaan
-Sekolah Kawasan Larangan Merokok

1.4 Penghayatan Kebersihan
-Pertandingan Melukis dan Mewarna
-Pertandingan Kuiz, Pidato, dan Bahas Bertemakan Kebersihan
-Pertandingan Melukis Poster
-Pameran Bertemakan Kebersihan

Sunday, August 28, 2011

Amalan Kebersihan Bilik Khas

Perkara

Amalan Pelaksanaan

Jadual Kerja

Kerjasama dan Tindakan

1. Meja kerja/

lantai/ peralatan

· Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan

· Menyusun alatan di tempat asal

· Sepanjang masa

· Selepas penggunaan

· Murid/ Guru/ Pekerja

2. Siling/ kipas/

lampu

· Dibersihkan

· Padamkan suis lampu dan kipas

· Sebulan sekali

· Sebelum meninggalkan bilik

· Murid/ Guru/ Pekerja

3. Peraturan

keselamatan

penggunaan

bilik

· Patuhi peraturan keselamatan penggunaan bilik

· Dipamerkan

· Sentiasa

· Murid/ Guru/ Pekerja

4. Alat pemadam

api

· Periksa alat pemadam api

· Pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

· Seminggu sekali

· Setahun sekali

· Guru bertugas mingguan

· Pentadbir sekolah

5. Kit kecemasan

· Periksa kelengkapan alat

· Seminggu sekali

· Guru bertugas mingguan

6. Bakul sampah/

penyodok

sampah

· Dibersihkan

· Sampah dibuang ke tempat pembuangan sampah

· Setiap kali selepas penggunaan

· Murid/ Pekerja

7. Sinki

· Paip air ditutup

· Bersih dan berfungsi

· Selepas digunakan

· Sentiasa

· Murid/ Guru/ Pekerja

8. Tingkap

· Dibersihkan

· Tingkap dibuka

· Tingkap ditutup

· Dua kali seminggu

· Semasa kerja dijalankan

· Sebelum meninggalkan bilik

· Murid/ Guru/ Pekerja

9. Penggunaan

alatan elektrik

· Cara kerja yang selamat

· Tutup suis

· Sentiasa

· Sebelum meninggalkan bilik

· Murid/ Guru/ Pekerja

10. Penggunaan

gas

· Periksa keselamatan tangki gas

· Cabut kepala gas

· Setiap kali penggunaan

· Sebelum meninggalkan bilik

· Murid/ Guru/ Pekerja