Showing posts with label Pengurusan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Sekolah. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

Contoh Borang Pascanilai (postmortem) program

-LETTERHEAD SEKOLAH-


Borang Pascanilai Program

Program/ Aktiviti      :               Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 20XX
Unit                            :               Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa         :               Kebajikan dan KWAPM
Kumpulan sasaran :               40 orang murid miskin/ yatim miskin
Tarikh                         :               01 JULAI 20XX
Masa                          :               10.30 – 12.00 tengah hari
Tempat                      :               Anjung Bestari
Perasmian oleh      :              
                                               

1.    Kekuatan:
i.     Program dijalankan menepati masa.
ii.    Sumbangan dapat disediakan dalam 2 bentuk iaitu baucar barangan, wang tunai serta pakaian.
iii.   Mendapat sumbangan yang sangat menggalakkan daripada guru, staf, PIBG serta pihak luar melebihi
       anggaran perbelanjaan asal.  
iv.    Kerjasama baik daripada pihak pengurusan pasar raya YY.

2.   Kelemahan:
i.      Beberapa orang penerima sumbangan tidak hadir. 
ii.     Penerima sumbangan yang tidak hadir tidak dikenal pasti lebih awal supaya tidak perlu diumumkan oleh       
        pengacara majlis. 
iii.    Ada sumbangan wang diterima melepasi tarikh akhir yang ditetapkan menyebabkan kesukaran membuat 
        pengubahsuaian semula. 
iv.    Ada guru kelas yang tidak menyerahkan semula borang cadangan murid miskin.  
v.     Murid-murid yang menghadiri majlis agak bising dan kurang tumpuan. 
vi.    Pamflet tidak diserahkan awal kepada tetamu (YDP PIBG).

3.    Cadangan Penambahbaikan:
i.      Taklimat awal kepada penerima sumbangan tentang tatacara menerima sumbangan.  
ii.     Penyelaras program memaklumkan segera kepada pengacara majlis jika ada perubahan perajalanan program.

4.    Rumusan:
Kerjasama dan sumbangan daripada guru-guru dan kakitangan amat membantu menjayakan program ini dan adalah diharapkan agar dapat diteruskan lagi dengan lebih berkesan pada masa hadapan.


Disediakan oleh:                                                                


.......................………………………..                                                            
(                                                          )                                                                  
Setiausaha,
Jawatankuasa Kebajikan dan KWAPM.



Ulasan Pengetua:

                                                .............................................................................................................................................................................................

                                                .............................................................................................................................................................................................

                                                .............................................................................................................................................................................................




..…………………............……..                                                            
(                                                  )                                                                          
Pengetua.

Thursday, March 15, 2012

Guru Bertugas Mingguan

-Datang awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sesi perhimpunan pagi bermula dan pulang 15 minit setelah sekolah berakhir.

-Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid sebelum loceng pertama dibunyikan, pada waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera jika perlu.

-Mengawasi kebersihan kelas, tandas, kantin dan kawasan sekolah.

-Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan melaporkannya.

-Membuat laporan di dalam buku ‘laporan bertugas’ yang disediakan dan kalau perlu, laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

-Mengurus rawatan murid yang sakit atau menghantar mereka ke hospital/ rumah.

-Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar-pelajar yang memohonnya (dengan kebenaran Pengetua/ GPK Hem).

-Memastikan ketepatan waktu kehadiran pelajar, kepulangan murid, masa rehat dan masa pertukaran guru.

-Membuat pengumuman rasmi melalui alat siar raya sekiranya perlu tanpa mengganggu perjalanan P & P.

-Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan/ jumpaan barang-barang.

-Memastikan keselamatan murid-murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.

-Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, kegiatan badan beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

-Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan dalam ‘Buku Laporan Bertugas’. Antara perkara yang dicatatkan ialah:
i. Kedatangan murid, guru-guru dan kakitangan
ii. Murid-murid ponteng, tidak hadir atau sakit.
iii. Ucapan/ pengumuman-pengumuman penting dalam perhimpunan.
iv. Kehadiran pelawat.

-Mengambil maklumat dari mana-mana guru yang ingin menyampaikan maklumat kepada murid-murid.

-Memastikan pengawas mengawal murid yang datang lewat ke sekolah.

-Membantu melancarkan perbarisan murid-murid waktu pagi dan waktu perhimpunan rasmi hari Isnin.