Showing posts with label Kantin. Show all posts
Showing posts with label Kantin. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Panduan Kebersihan Diri Pengendali Makanan


(PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009)

PENGENALAN
Pengendali makanan merupakan antara penyumbang utama pencemaran makanan. Oleh itu, pengendali makanan hendaklah sentiasa mengekalkan kebersihan diri.

OBJEKTIF
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak industri mengenai keperluan kebersihan diri pengendali makanan seperti yang dikehendaki dalam Peraturan 33, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

DENDA
Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan boleh DIDENDA tidak melebihi SEPULUH RIBU RINGGIT (RM10,000) atau penjara tidak melebihi DUA (2) tahun.






Keperluan Kebersihan Diri
Pengendali makanan semasa mengendali, menyediakan, membungkus, membawa, menyimpan, mempamer dan menghidang makanan hendaklah memastikan perkara berikut :

ü Basuh tangan sebelum memulakan kerja, selepas menggunakan tandas, selepas kendali bahan mentah atau bahan tercemar

ü Rambut mestilah kemas dan memakai penutup kepala

ü Kuku pendek dan bersih

ü Tidak memakai perhiasan diri, contohnya jam, gelang, atau cincin

ü Dilarang mengisi apa-apa barang di dalam poket pakaian termasuk apron

ü Sentiasa menjaga kebersihan diri

ü Menanggalkan baju Iuar/ apron/ penutup kepala/ sebelum ke tandas dan setiap kali keluar dari kawasan pemprosesan makanan

ü Tidak menyebabkan pencemaran makanan, contohnya bersin, batuk, meludah, atau menggaru

ü Tidak merokok

ü Misai dan janggut dikemas rapi

(Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM)


 

Thursday, April 3, 2014

Matlamat Pengurusan Kantin Sekolah



1.  Menjadikan Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai sebuah kantin yang ceria, berkualiti, dan mesra pelanggan. 
2.  Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian di kalangan warga sekolah.  Mewujudkan suasana kantin sekolah yang kondusif. 
3.  Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bertoleransi dengan pihak kantin untuk mencapai matlamat amalan mesra kantin. 
4.  Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan kantin sekolah.    

PENGURUSAN KANTIN  (SENARAI TUGAS, KUASA DAN HUBUNGAN DENGAN PEGAWAI LAIN)
 
TUGAS PEGAWAI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KUASA YANG DIBERI
PEGAWAI LAIN
Pengetua
Bertanggungjawab untuk memastikan: 
-Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria
-Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi
-Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi
-Setiap kes yang disyaki keracunan makanan dilaporkan segera kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
-Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi
-Pengusaha kantin seboleh-bolehnya menyediakan makanan bermasak di kantin.
-Pengusaha kantin mengambil kira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman
-Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal
-Pengusaha kantin tidak memelihara haiwan atau membiarkan berkeliaran di kawasan kantin sekolah
-Pengusaha kantin menjual makanan makanan mengikut kontrak
-Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah 

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/19 Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah 

2. Surat Pekeliling  Ikhtisas Bil. 1/1981 Jualan Makanan dan Minuman di Kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

3.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983 Kantin Sekolah

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah

5. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj: KP10102/14/012(55). Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Kerajaan Dan Perlantikan Jawatankuasa Sebut Harga.
-GPK HEM

-Penyelia Petang

-Guru Kantin

-Wakil guru

-Wakil Pelajar (Pengawas)

-Pengusaha Kantin
PK HEM

PK Petang

Guru Kantin

S/u JK Kantin



 -Membantu Pengetua dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungkjawab untuk memastikan:
-Kebersihan, kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin
-Kebersihan, mutu, khasiat, dan keselamatan makanan yang dijual
-Harga berdasarkan perjanjian
-Keselamatan di kantin sekolah
-Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan
-Menyediakan laporan harian kantin
-Pelajar sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin
-Makanan dan minuman yang dijual mencukupi
-Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976 - Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983 Kantin Sekolah

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah
-Penyelia Petang

-Guru Kantin

-Wakil guru

-Wakil Pelajar (Pengawas) 
PENGUSAHA KANTIN
Bertanggungjawab untuk memastikan:
-Lesen Perniagaan yang sah diperoleh daripada Pihak Berwajib
-Kontrak dengan pihak sekolah dipatuhi
-Amalan kebersihan dan keselamatan di kantin sentiasa dititikberatkan
-Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan peraturan lain pengurusan kantin sekolah yang berkuat kuasa dipatuhi.
-Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat
-Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menghadiri kursus pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat
-Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang sihat semasa bertugas
-Pengendali makanan berpakaian bersih, sopan dan lengkap semasa bertugas
-Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat
-Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayani pelanggan
-Makanan bermasak disediakan di kantin sekolah
-Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman
-Tidak memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin
-Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
-Kepentingan agama pelangan diambil kira semasa membuat persediaan dan menyimpan makanan dan minuman
-Menjual hanya makanan dan minuman yang halal
-Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan
-Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkap dan bersih
-Pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makan dan minuman
-Semua pengendali makanan telah diberi pelalian Tifoid dan sihat semasa mengendalikan makanan
-Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan
-Segala panduan dan peraturan seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi
-Makanan dan minuman dari luar sekiranya perlu hendaklah bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat dimakan.
-Maklumat mengenai pembekal dari luar hendaklah dimaklumkan kepada jawatankuasa kantin sekolah 
1.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976 - Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah

2.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 - Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah Untuk Murid-murid Berbilang Agama

3.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983 - Kantin Sekolah

4.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah
  
-Pengendali Makanan

Friday, August 26, 2011

Amalan Kebersihan Kantin

Perkara

Amalan Pelaksanaan

Jadual Kerja

Kerjasama dan Tindakan

1. Kebersihan diri

· Menjalani pemeriksaan kesihatan

· Patuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985

· Kebersihan diri yang maksimum seperti kuku dan tangan bebas daripada penyakit

· Amalkan tabiat yang baik dan bersih:

-kuku pendek dan bersih

-tangan bersih dan bebas

daripada penyakit kulit

· Amalkan sikap pengurusan yang sihat:

-membersihkan sisa makanan di

atas meja dan lantai

-memakai apron dan penutup

kepala yang bersih

-tidak menyapu lantai ketika

pelanggan sedang makan

-tiada haiwan peliharaan

· Semasa menyediakan makanan:

-berpakaian kemas dan bersih

-kurangkan bercakap

-tutup mulut apabila bersin atau

batuk

· Setahun sekali

· Sepanjang masa

· Pengusaha

· Pekerja kantin

2. Dapur/ tempat

memasak

· Bersih, teratur dan selamat:

-pastikan dapur sentiasa dicuci

dan dinyahkuman

· Sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup

· Susun alatan/ perkakas yang telah digunakan secara teratur dan kemas

· Sepanjang masa

· Pengusaha

· Pekerja kantin

3. Tempat

penyimpanan

makanan basah/

kering

· Asingkan bahan makanan mentah dan bermasak

· Bersih, teratur dan selamat

· Sepanjang masa

· Pengusaha

· Pekerja kantin

4. Tempat

pembuangan

sampah basah/

kering

· Asingkan sampah basah dan kering

· Gunakan karung plastik

· Bertutup

· Buangkan ke dalam tong sampah induk

· Setiap kali pembuangan sampah mengikut keperluan

(Rujuk Buku Garis Panduan Kantin

Sekolah)

· Pengusaha

· Pekerja kantin

5. Alat pemadam

api

· Periksa alat pemadam api

· Pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

· Seminggu sekali

· Setahun sekali

· Pengusaha

· Pekerja kantin

Sunday, January 23, 2011

Amalan Pengendali Makanan

PENGENDALI MAKANAN


Pengendali makanan di kantin adalah individu yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna di sekolah.

1. Status Kesihatan

 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan dan mempunyai sijil atau kad pengesahan kesihatan. Perakuan tensebut hendaklah disimpan dan dipamerkan di kantin berkenaan.

 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi. Pengendali yang demam, menghidap cirit-birit, batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan pengendalian makanan. Dia hanya boleh meneruskan pekerjaan selepas dirawat dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan.

 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja pengendalian makanan

 Pengusaha kantin bertanggungjawab menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali makanan iaitu Lampiran 11. Borang Daftar Pengendali Makanan ini hendaklah dikemas kini setiap kali ada perubahan dan hendaklah dipamerkan di kantin.

2. Pakaian

Semasa bertugas semua pengendali makanan hendaklah:

B berpakaian bersih, kemas dan sopan

B memakai apron bersih dan berwarna cerah

B memakai penutup kepala yang sesuai, bersih serta mudah dibasuh

B memakai kasut dan tanda nama

 Pengendali makanan di kantin digalakkan memakai pakaian seragam

3. Amalan

Amalan yang mesti dipatuhi:

 Menampilkan diri dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.

 Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan atau menghidang makanan.

 Menutup makanan yang disediakan dengan penutup yang sesuai dan bersih.


 Menggunakan sudu, garpu, sarung tangan plastik atau penyepit semasa memegang makanan yang sudah dimasak.

 Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka ke arah lain daripada makanan.

 Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja, dan tangan.

 Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di tempat khas yang berasingan di luar tempat makanan sedang dimasak, dijual, atau dihidang.

 Memegang sudu, garpu, pisau, atau cawan yang bersih pada tangkainya.
 Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan sedang dimasak, dijual atau dihidang.

 Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras Iebih 45 cm daripada Iantai.

 Memastikan kantin sekolah bebas daripada LILATI dan haiwan-haiwan lain.

 Membuang sampah kering dan sampah basah secara berasingan.

 Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik, bertutup, dan bersih.

 Membuang sampah ke dalam tong sampah besar atau tempat pelupusan sampah.

Amalan yang ditegah:

 Meludah merata-rata.

 Merokok.

 Batuk, bersin, bercakap-cakap, atau ketawa ke arah makanan.

 Menggaru badan, mengorek sama ada telinga, gigi atau hidung, menjilat jari, mengunyah sireh atau ‘chewing gum’ semasa menyediakan makanan.

 Membungkus, mengalas, atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih, plastik berwarna dan bahan bercetak.

 Menyusun, membawa, atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih.

 Membawa sudu, garpu dan penyepit di dalam saku apron.

 Membersihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai.


 Membawa kanak-kanak ke kawasan penyediaan makanan.

4. Kursus Pengendalian Makanan

Warganegara Malaysia yang ingin mengusahakan kantin sekolah (pengusaha) wajib memiliki sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementenian Kesihatan Malaysia dan sah tempoh laku semasa memohon sebut harga.

Semua pengendali makanan (pekerja) juga wajib menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kawalan Kebersihan dan Keselamatan di Kantin

KAWALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KANTIN


KAWALAN KEBERSIHAN

Keracunan makanan, kolera, typhoid dan hepatitis A adalah antara penyakit yang berpunca daripada makanan dan minuman yang dicemari oleh bakteria.

Pencemaran makanan dan air juga boleh disebabkan oleh bahan kimia.

Kawalan kebersihan kantin adalah perlu bagi mengawasi kebersihan diri, kemudahan tempat dan perkakasan.

Pengawasan perlu ditingkatkan semasa berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam seperti banjir.

1. Kebersihan Kemudahan

 Semua kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer atau menghidang makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.

 Semua sinki hendaklah sentiasa bersih dan berfungsi.

 Bilik air dan tandas hendaklah sentiasa bersih, selamat dan berfungsi.

 Tempat rehat dan stor hendaklah sentiasa bersih dan selamat.

 Tempat mengumpul sampah hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendak berplastik di dalamnya dan bertutup.

 Peti sejuk dan ‘freezer’ hendaklah sentiasa bersih, kemas dan berfungsi.

2. Kebersihan Peralatan

 Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih sebaik-baiknya air panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alat dan perkakas yang bersih hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan bersih.

 Pisau yang digunakan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk memotong makanan yang sudah dimasak atau makanan yang dimakan segera.

 Pinggan mangkuk, sudu dan garpu hendaklah dibilas dengan air panas selepas dicuci.

 Semua peralatan (contoh:- pinggan mangkuk, piring, gelas, cawan, sudu, garpu, cerek dan pisau) yang retak, sumbing/ sompek, calar dan berkarat tidak boleh digunakan.

 Kain-kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang sesuai.


3. Kebersihan Bangunan

 Seluruh bangunan dan kawasan sekitarnya hendaklah dijaga supaya sentiasa bersih, kemas dan selamat.

 Lantai, longkang, dinding dan siling hendaklah dibersihkan setiap hari.

 Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, selamat, dan teratur.





KESELAMATAN

Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:

 peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan yang rosak dibaiki.

 semua kerja dilakukan dengan cermat.

 segala punca kemalangan dikenal pasti dan segera diatasi.

4. Langkah Mencegah Kebakaran

 Pastikan alat-alat dan pendawalan elektrik sentiasa dalam keadaan sempurna.

 Urusan sambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.

 Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletak jauh dari dapur masak. Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar mestilah dilabelkan dan ditutup dengan ketat.

 Murid-murid tidak dibenarkan masuk atau bermain di kawasan dapur.

 Kawasan dapur hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

 AIat pemadam api hendaklah disediakan di kawasan dapur dan:

B diletakkan di tempat yang sesuai
B mencukupi
B berada dalam keadaan baik
B berfungsi dan disahkan oleh pihak bomba

5. Langkah Mencegah Kecederaan

 Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.

 Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau berlari di kantin.

 Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna supaya tidak menghalang pergerakan dan membahayakan pengguna.

 Bahan-bahan yang boleh menyebabkan kecederaan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.

 Peralatan yang boleh menyebabkan kecederaan hendaklah digunakan dengan berhati-hati.

 Bahan-bahan yang beracun hendaklah disimpan di luar kawasan dapur dan berasingan daripada tempat menyimpan makanan.

 Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

 Poster atau cogan kata keselamatan yang sesuai hendaklah ditampal di tempat¬-tempat yang strategik.

6. Langkah-Langkah Mencegah Renjatan Atau Kejutan Elektrik

 Peralatan dan pendawalan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.

 Sebarang sambungan elektrik hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan.

 Tangan hendaklah kering semasa mengendalikan peralatan dan suis elektrik.

 Pengetua hendaklah dimaklumkan secepat mungkin tentang sebarang kerosakan elektrik.

7. Alat-Alat Pertolongan Cemas

Sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap dengan bahan asas pertolongan cemas hendaklah disediakan. Peti pertolongan cemas hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

 Jenis yang bertutup.

 Diperbuat daripada bahan yang licin.

 Dicat putih luar dan dalam.

 Ditanda dengan terang perkataan “PERTOLONGAN CEMAS” atau simbol.