Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Garis Panduan Menghadapi Banjir

1. Sekolah yang Dilanda Banjir:
1.1     Langkah-langkah awal sekolah:
1.1.1  Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah (SPI Bil. 9/2009 ) untuk menyediakan perancangan serta mengatur strategi menghadapi bencana.
1.1.2 Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan.
1.1.3 Mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan kaji cuaca dan banjir melalui siaran radio, televisyen, akhbar dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di alamat http//www.kjc.gov.my
1.1.4 Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat (terutamanya jika sekolah yang memang kerap atau mudah dilanda banjir)
1.1.5 Memastikan bilik menyimpan buku teks ditempatkan di tingkat atas (sekiranya sekolah berkenaan mempunyai bangunan Iebih dari satu tingkat)
1.1.6 Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor telefon jabatan-jabatan atau  individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau banjir
1.1.7 Menyediakan aIat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau banjir berlaku:
a. Loud hailer
b. Portable radio
c. Lampu suluh kalis air
d. Tali
1.1.8 Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan disediakan dan disimpan di tempat yang tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk mengelakkkan bekalan makanan murid tidak putus sementara menunggu bantuan dari luar
1.1.9 Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Jaket keselamatan boleh dipinjam dari Pusat Kokurikulum yang berdekatan
1.1.10 Mengingatkan pengawal keselamatan, guru-guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Bencana Sekolah

1.2 Tindakan Sekolah-sekolah Semasa Banjir:
1.2.1 Memaklumkan dengan segera kepada jabatan-jabatan (JPN, PPD, Polis, Bomba, dll) serta individu (PIBG dan ibu bapa) seperti yang tersenarai dalan Jawatankuasa Bencana Sekolah untuk mendapatkan bantuan
1.2.2 Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang Iebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Bencana (Banjir) peringkat bahagian, negeri atau daerah
1.2.3 Meminta bantuan penduduk kampung atau taman perumahan setempat untuk memindahkan harta benda sekolah dengan segera
1.2.4 Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda banjir untuk mengelakkan bahaya litar pintas
 1.2.5 Mengatur supaya guru-guru yang kawasan perumahan mereka dilanda banjir agar dapat bertugas di sekolah yang berhampiran dengan kediaman rnereka (sekiranya terdapat sekolah yang tidak terlibat dengan banjir)
1.2.6 Mengurus supaya murid-murid yang ternpat kediaman mereka tidak dilanda banjir agar dapat ditumpangkan belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir sehingga banjir surut
1.2.7 Menghubungi pihak JPN / PPD untuk mendapatkan panduan dan tindakan yang perlu diambil oleh sekolah
1.2.8 Pastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah jika premis sekolah tidak ditenggelami oleh banjir sepenuhnya

1.3 Tindakan Sekolah Setelah Banjir Surut:
1.3.1 Mengaturkan supaya diadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan
1.3.2 Menghubungi dan memaklumkan bencana tersebut kepada agensi kerajaan berkaitan
1.3.3 Memanggil juruteknik bertauliah dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian bangunan yang ditenggelami banjir sebelum digunakan
1.3.4 Menyenaraikan jumIah kerosakan aIat / perabot (kerusi, meja, almari, dll) untuk direkod bagi tujuan pelupusan
1.3.5 Mengadakan gotong-royong bersama PIBG untuk membaiki kerusi meja dan peralatan yang tidak mengalami kerosakan teruk
1.3.6 Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan , buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu dimaklumkan ke JPN / PPD untuk mendapat bantuan tersebut
1.3.7 Mengaturkan pinjaman buku teks dari sekolan yang tidak terlibat dengan banjir dalam daerah yang berkenaan ( sekiranya ada lebihan stok)
1.3.8 Memakiumkan senarai terkini jenis dan jumlah buku teks yang diperlukan kepada JPN dan PPD. Pihak sekolah boleh membuat pesanan terus kepada penerbit (rujuk katalog yang telah dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM)
1.3.9 Mengaturkan peminjaman peralatan (kerusi, meja dll ) dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok)
1.3.10 Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-Iain yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD dan JPN. Pesanan ini perlu dibuat dengan SEGERA
1.3.11 MemakIumkan kepada semua guru, staf sokongan, PIBG dan ibu bapa tentang tarikh sekolah akan beroperasi semula
1.3.12 Memaklumkan kepada murid-murid yang kediaman mereka dilanda banjir bahawa mereka boleh datang ke sekolan menggunakan pakaian biasa sekiranya pakaian mereka telah musnah semasa banjir
1.3.13 Menggalakkan murrd-mund yang kediaman mereka tidak teriibat dengan banjir / telah pulih dari dilanda banjir untuk datang ke sekolah
1.3.14 Menjemput Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk rnenjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid sekolah
1.3.15 Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kewangan (KWAP) kepada murid-murid Tahun 2–Tahun 6. Mengaturkan pemilihan segera murid-murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 yang layak untuk menerima Bantuan
1.3.16 Menyegerakan pengagihan biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada murid-murid
1.3.17 Mengaturkan pungutan derma kilat (berbentuk wang ringgit, pakaian terpakai, pakaian seragam sekolah atau peralatan sekolah) dengan kerjasama PIBG. Pungutan hendaklah dibuat dalam kalangan guru, staf sokongan dan ibu bapa setempat yang tidak terlibat dengan bencana banjir. Derma yang berupa wang hendaklah dimasukkan dalam akaun PIBG dengan rnenyediakan satu Iajur khas untuknya. Pengagihan derma dan sumbangan yang diperoleh hendaklah diagihkan segera kepada murid-murid, guru-guru dan staf sokongan yang memerlukan
1.3.18 Menyediakan laporan terperinci untuk dihantar ke PPD dan JPN

2. Sekolah yang Menjadi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir:
2.1 Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Sebelum Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:
2.1.1 Memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih dan terkawal setiap masa
2.1.2 Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas serta peralatan yang berkaitan dengannya dalam keadaan baik.
2.1.3 Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PPD sekiranya sekolah dicadangkan untuk menjadi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir
2.1.4 Mengenal pasti premis yang boleh dibenarkan untuk digunakan sekiranya penernpatan mangsa banjir dilaksanakan. Keutamaan untuk penempatan mangsa adalah dlcadangkan di dewan sekolah, biIik-biIik darjah, kantin dan asrama. Cuba elakkan penggunaan pejabat sekolah, biIik guru, makmal, perpustakaan, bengkel-bengkel serta stor sukan untuk tujuan tersebut
2.1.5 Sediakan tong sampah yang secukupnya untuk kegunaan premis-premis yang telah dikenal pasti tadi
2.1.6 Memaklumkan perkara ini kepada semua guru, staf sokongan, murid-murid dan PIBG.

2.2 Tindakan Sekolah-Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Semasa Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:
2.2.1 Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bantuan Banjir Peringkat Daerah untuk menempatkan mangsa banjir di sekolah
2.2.2 Meminjamkan tllam asrama (jika diperlukan)
2.2.3 Merekodkan segala peralatan sekolah yang dipinjamkan untuk tujuan audit
2.2.4 Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di kantin (jika diperlukan)
2.2.5 Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa sekiranya premis yang digunakan tidak menggunakan bilik darjah murid. Sekiranya bilik darjah digunakan sebahagiannya untuk menempatkan mangsa banjir, murid-murid bolehlah ditempatkan dengan berkongsi kelas atau sekolah perlu menetapkan kelas secara bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah. Keutamaan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan iaitu darjah 6, tingkatan 3, 5, dan 6
2.2.6 Mengenal pasti murid-murid dalam kalangan mangsa banjir yang boleh ditumpangkan belajar di sekolah berkenaan serta mengaturkan urusan dan keperluan persekoahannya
2.2.7 Membuka kelas sesi petang untuk menumpangkan murid dan guru bagi sekolah yang berhampiran yang dilanda banjir
2.2.8 Jika murid diminta bercuti kerana premis digunakan sepenuhnya, pastikan hari persekolahan tersebut digantikan sebanyak mana cuti telah dibuat pada hari Sabtu yang ditetapkan. Pastikan PIBG, ibu bapa dan murid dimaklumkan tentang perubahan tersebut
2.2.9 Memastikan guru, kaunseIor dan guru bimbingan dapat membantu memberikan khidmat nasihat kepada mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah
2.2.10 Menugaskan guru-guru secara bergilir-gilir untuk membantu Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah menjalankan tugas
2.2.11 Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan yang terkawal keselamatannya oleh pengawal keselamatan sekolah
2.2.12 Melaporkan kepada Bilik Gerakan Banjir PPD atau JPN dari semasa ke semasa tentang status dan keadaan terkini pengurusan penempatan mangsa banjir di sekolah

2.3 Tindakan Sekolah-Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Selepas Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:
2.3.1 Mengadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan dan premis yang digunakan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan, murid-murid, PIBG dan masyarakat setempat
2.3.2 Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di premis kepada PPD dan JPN
2.3.3 Menyediakan Iaporan terperinci untuk PPD dan JPN

3. Sekolah yang Menumpangkan Murid-murid dari Sekolah yang Banjir:
3.1 Membuat hebahan tentang cadangan sekolah untuk menumpangkan murid murid dari sekolah yang dilanda banjir.
3.2 Menerima murid-murid dan guru-guru yang menumpang tanpa syarat.
3.3 Menyediakan senarai kehadiran murid-murid dan guru-guru.
3.4 Murid-murid hendaklah ditumpang mengikut tahap kelas ataupun tingkatan.
3.5 Melaporkan status terkini kepada PPD dan JPN.


(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Thursday, October 3, 2013

Contoh Tatacara Guru Jika Perlu Meninggalkan Kelas Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada dasarnya, guru TIDAK BOLEH meninggalkan kelas kecuali atas sebab-sebab yang munasabah dan kecemasan. Keadaan dan keselamatan kelas adalah tanggungjawab guru mata pelajaran pada sepanjang masa sesi pengajaran dan pembelajaran.

-Guru hendaklah memaklumkan kepada guru di kelas berhampiran untuk membantu mengawasi kelas berkenaan.

-Guru mata pelajaran yang terpaksa keluar kerana mempunyai urusan segera di luar kelas hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan yang tenteram dan murid-murid membuat tugasan mata pelajaran.

-Guru hendaklah meminta kerjasama ketua kelas agar memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

-Jika perlu meninggalkan kelas melebihi 15 minit, maklumkan segera kepada Guru Kanan Mata Pelajaran atau Guru Penolong Kanan atau Pengetua untuk mendapatkan pengganti di kelas yang berkenaan.

Contoh Tatacara Guru Apabila Pelawat Datang ke Kelas

Pada dasarnya, semua tetamu, pelawat, dan ibu bapa mestilah berurusan di pejabat sekolah sahaja.
 

-Guru yang sedang mengajar hendaklah menghentikan pengajaran.
 

-Guru hendaklah keluar dari kelas menemui pelawat untuk memperkenalkan diri.
 

-Guru hendaklah bertanya akan tujuan kedatangan pelawat.
 

-Pelawat perlulah dipastikan telah mendaftar di balai pengawal.
 

-Jika pelawat mahu berurusan dengan anak/ jagaan, guru hendaklah meminta pelawat pergi ke pejabat sekolah. Setelah dipastikan betul, anak/ jagaan akan diminta pergi ke pejabat dengan pas izin keluar kelas.
 

-Jika pelawat mahu berjumpa dengan murid lain, guru hendaklah meminta pelawat pergi ke pejabat sekolah dan berurusan melalui pihak pengurusan sekolah. Guru tidak boleh sama sekali membenarkan pelawat berurusan secara terus dengan murid yang berkenaan.
 

-Jika kedatangan pelawat disyaki mempunyai tujuan yang negatif / menceroboh, guru hendaklah mendapatkan bantuan daripada guru lain yang berada di kelas berhampiran. Laporkan dengan segera kepada pihak pentadbir.
 

-Pihak sekolah mesti membuat laporan serta-merta kepada pihak polis sekiranya ada kemungkinan berlaku perkara yang mengancam keselamatan warga sekolah.

Friday, June 22, 2012

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/ 2000 (Ringkasan)

Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah
1. Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
· Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
· Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.

2. Guru Kokurikulum dan Sukan:
· Guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
· Guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

3. Murid:
· Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
· Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
· Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah.
· Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
· Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
-Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.
-Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
-Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma), tidak dibenarkan mengambil bahagian.

4. Skim Perlindungan Diri:
· Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang merangkumi perkara berikut:
-kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
-kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.
-kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.
-kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam 'warranty'

5. Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):
· Peralatan sukan yang dianggap berbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Alatan Gimnastik.
· Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang berbahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
· Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa,
· Alatan sukan mestilah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
· Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja.
· Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa pun dan hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
· Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak digunakan.
· Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
· Alatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir sama ada untuk dibaiki atau dimusnahkan.

6. Peralatan Sukan:
· Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ’warranty' daripada pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.
· Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dimusnahkan dengan serta-merta.
· Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.

7. Kawasan Sukan/Permainan:
· Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus.

8. Kawasan Larangan:
· Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
a) Kolam Renang.
b) Dewan Gimnastik.
c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
d) Stor Sukan.
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang besar seperti Tiang Gol.

9. Cuaca/Musim:
· Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan ada kilat atau petir.
· Dilarang mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
· Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.

Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
· Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua dengan segera.
· Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi:
· Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.
· Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-aktiviti sukan renang dijalankan.

Pelaporan Aktiviti (Penilaian):
·Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

Tuesday, March 13, 2012

Jawatankuasa Keselamatan Sekolah - skop dan bidang tugas

Penyelaras :
Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN
Perubahan dalam iklim pendidikan mutakhir ini tetah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak 3K Keselamatan Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan kesan dan persekitaran sekolah yang selamat akan mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah murid serta rela memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.

KONSEP
Program Keselamatan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di dalam dan di luar sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati diri) murid untuk membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF
i. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
ii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.
1.1 Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.
1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.
1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.

PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH
1. Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut:
1.1 Bidang aktiviti murid
1.1.1 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah mahupun asrama.
1.1 .2 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan.
1.1.3 Kegiatan luar sekolah dan asrama.

1.2 Bidang bencana alam
-Kebakaran
-Banjir
-Perubahan cuaca
-Wabak penyakit
-Tsunami
-Ribut dan Petir
-Kemarau
-Gempa Bumi
-Jerebu

1.3 Bidang keselamatan fizikal sekolah dan asrama
-Pejabat sekolah dan asrama
-Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik
-Kawalan keselamatan sekolah dan asrama
-Tandas sekolah dan asrama
-Kolam renang
-Peralatan “loose handrails” dan tingkap sekolah dan asrama
-Perabot sekolah dan asrama
-Semua jenis makmal
-Bengkel
-Pusat Sumber/ Perpustakaan
-Padang dan gelanggang permainan
-Stor, landskap
-Dormiteri
-Kawasan sunyi dan gelap
-Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah dan asrama
-Dewan makan asrama
-Dapur asrama
-Pondok pengawal keselamatan
-Kantin
-Tempat menunggu kenderaan
-Bilik-bilik khas

1.4 Bidang Sosial
-Penderaan
-Gangguan seksual
-Rokok
-Gangguan emosi, mental dan rohani
-Pergaduhan antara kaum
-Buli/ pelancoan
-Peras ugut
-Tingkah laku lucah
-Ketagihan arak
-Sumbang mahram
-Penyalahgunaan dadah
-Rogol
-Bunuh diri
-Membunuh

1.5 Bidang persekitaran dan lokasi sekolah
-Kawasan air bergerak, statik : sungai, lombong, laut, tasik, kawasan air terjun dan lain-lain -Sekolah berhampiran jalan raya/ lebuh raya/ landasan kereta api/ lapangan terbang/ kilang/ kawasan perkuburan
-Kawasan bukit, cerun curam
-Loji kumbahan
-Pencawang elektrik

2. Mengenal pasti, memantau dan mengambil tindakan dalam menangani permasalahan premis dan kawasan sekitar sekolah yang berkaitan perkara­-perkara berikut:
2.1 Bangunan Lama dan Uzur
2.2 Sistem Pendawaian
2.3 Serangan Anai-Anai dan Bubuk
2.4 Pintu Pagar dan Pagar Sekolah
2.5 Lereng Bukit
2.6 Padang, Gelanggang dan Peralatan Sukan
2.7 Tangki Air
2.8 Bonggol Keselamatan Jalan Raya, Garisan Kuning
2.9 Lampu ‘AWAS’ isyarat keselamatan
2.10 ‘Warden’ lalu lintas

3. Menyedia dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di Sekolah dan asrama yang difikirkan perlu dengan kemudahan berikut:
3.1 CCTV
3.2 Alat Penggera
3.3 Sistem komunikasi ketika kecemasan,Talian Bomba/ Polis, Hospital, JPA3

4. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
4.1 Kepakaran
4.2 Khidmat Nasihat
4.3 Perundangan
4.4 Latihan
4.5 Kewangan/ Dana
4.6 Perancangan
4.7 Penyelenggaraan

Sunday, February 13, 2011

Keselamatan - Tatacara Pengungsian Bangunan

Latihan Mengosongkan Bangunan

Tujuan
1.Memastikan warga sekolah dapat berhimpun di kawasan selamat dalam jangka masa singkat.
2.Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang keperluan melakukan tindakan
sewajarnya dengan tenang dan berdisiplin tetapi segera semasa kecemasan.
3.Mengelakkan gangguan atau situasi kelam-kabut semasa operasi menyelamat atau memadamkan kebakaran yang sebenar dijalankan.

Tatacara
1.Loceng akan dibunyikan berpanjangan sebanyak tiga kali sebagai tanda kebakaran berlaku.

2.Tindakan Guru yang Sedang Mengajar
2.1 Mengawal pelajar keluar daripada kelas dan menghala ke tempat yang sepatutnya.
2.2 Sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar.
2.3 Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan sebelum mengikut pelajar ke tempat berhimpun:
i. Alatan mengajar yang digunakan selamat semasa ditinggalkan.
ii. Suis alatan elektrik dimatikan.
iii. Semua pelajar telah keluar daripada kelas.

3. Tindakan Pelajar
3.1 Pelajar di dalam kelas jangan panik dan takut.
3.2 Jangan berebut-rebut semasa keluar dari kelas.
3.3 Beratur berdua-dua dan turun/ keluar mengikut tangga/ laluan yang paling dekat.
3.4 Jangan bising.
3.5 Semua pelajar berjalan pantas ke tempat perhimpunan yang ditetapkan (rujuk pelan latihan).
3.6 Kelas pertama yang sampai di kawasan perhimpunan hendaklah membuat satu barisan (lelaki di hadapan) di bahagian paling kanan tempat tersebut. Tindakan ini diikuti oleh kelas yang kedua sampai di kawasan perhimpunan dan seterusnya(berbaris menghadap ke arah bangunan sekolah).

4. Tindakan Guru Kelas
4.1 Mendapatkan Jadual Kedatangan Pelajar daripada staf pejabat.
4.2 Memastikan bilangan pelajar yang berada di tempat yang ditetapkan sama dengan bilangan pelajar yang hadir pada hari itu. Semak Jadual Kedatangan Pelajar.
4.3 Mendapatkan maklumat pelajar yang ada di kawasan perhimpunan dan nama pelajar yang tiada di kawasan perhimpunan tetapi hadir ke sekolah pada hari tersebut daripada ketua kelas.
4.4 Memaklumkan nama pelajar yang tidak berada di kawasan perhimpunan kepada guru yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

5. Tindakan Guru Penasihat dan Ahli Badan Beruniform
5.1 Bersedia membantu kes-kes kecemasan.
5.2 Melaksanakan kerja menyelamat jika perlu.

6. Tindakan Pengawas
6.1 Membantu guru-guru mengawal pelajar.

7. Tindakan Staf Pejabat
7.1 Menelefon pihak bomba.
7.2 Membawa semua Jadual Kedatangan Pelajar untuk diedarkan kepada guru-guru kelas di tempat perhimpunan yang ditetapkan.
7.3 Berada bersama-sama dengan guru dan pelajar di tempat yang telah ditetapkan.

Catatan/ peringatan
1. Semua warga sekolah mesti berada di tempat perhimpunan selewat-lewatnya dalam masa LIMA MINIT. Kelas yang sampai selepas had masa ini dianggap gagal menyelamatkan diri.
2. Latihan akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang sesi persekolahan.
3. Semua guru dan pelajar terlibat dalam latihan ini. Sila beri kerjasama sepenuhnya.

Sekian.

Tuesday, October 26, 2010

Peraturan Meletakkan Motosikal di dalam Kawasan Sekolah

1. Pelajar yang mempunyai lesen dan motosikalnya mempunyai jalan sahaja dibenarkan memiliki stiker motosikal.

2. Stiker mesti dipamerkan setiap masa pada motosikal di sebelah kiri hadapan motosikal.

3. Stiker sah untuk tempoh satu tahun sesi persekolahan.

4. Stiker tidak boleh dipindah milik.

5. Setiap stiker diberikan nombor siri.

6. Sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Jawatankuasa Keselamatan.

7. Stiker tidak sah digunakan dan kebenaran meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah terbatal jika lesen dan cukai jalan telah tamat tempoh.

8. Pelajar yang menunggang motosikal secara berbahaya juga akan dibatalkan kebenaran meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah.

Prosedur Piawai Penggunaan Kelas

Pematuhan kepada prosedur ini akan menjamin keselamatan pengguna semasa berada di dalam bilik kelas.

1. Bilik kelas hanya digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang meliputi aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

2. Pastikan semua perabot dan peralatan, termasuk lampu, kipas dan punca elektrik berada di dalam keadaan yang baik dan selamat. Jika terdapat sebarang kerosakan atau keadaan tidak selamat, anda hendaklah melaporkannya kepada Pengetua secara langsung, atau melalui guru.

3. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis dan punca elektrik yang anda fikir rosak.

4. Berhati-hati dengan suis elektrik. Untuk mengelakkan renjatan elektrik, jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah.

5. Laporkan dengan serta merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas kepada Pengetua SMK Bukit Rangin sama ada secara langsung atau melalui mana-mana guru.

6. Pastikan semua tingkap, pintu dan suis elektrik ditutup semasa meninggalkan bilik kelas.