Pendahuluan
P |
erasaan cinta kepada agama, keazaman untuk berbakti kepada masyarakat secara bersatu padu dan kesungguhan untuk menjayakan hasrat murni negara wajar ditanam setiap saat dalam kehidupan pelajar semenjak lahir melalui pendidikan. Keupayaan pelajar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini banyak bergantung kepada pemupukan sikap yang baik yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang ada di sekelilingnya.
Prinsip Pelaksanaan Peraturan Disiplin di Sekolah
Perancangan dan pelaksanaan peraturan atau undang-undang disiplin di sekolah berasaskan prinsip yang berikut:
c amalan menghormati individu
c keadilan layanan yang sama rata
c perpaduan kaum dalam masyarakat
c pertimbangan minat dan keperluan pelajar
c kebebasan yang tertakluk kepada lingkungan peraturan
c perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
Matlamat Disiplin
Penguatkuasaan disiplin adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan iklim sekolah yang menyeluruh. Dengan perancangan yang rapi dan bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, sekolah diharap mampu menjadi institusi yang lebih efektif dalam usaha melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, beretika dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Kesepakatan guru dalam merancang dan melaksanakan peraturan sekolah menjamin pencapaian matlamat pendidikan di sekolah, bersesuaian dengan matlamat `Sekolah Selamat dan Tenteram, Pelajar Bersopan dan Mematuhi Peraturan.’
Objektif Disiplin
Penguatkuasaan peraturan di sekolah mempunyai objektif untuk:
c meminimumkan kejadian salah laku pelajar di sekolah (seperti ponteng kelas, bergaduh, merokok, dsb.).
c meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peraturan dan mentaatinya.
c memupuk disiplin kendiri dan budaya belajar yang sihat.
c meningkatkan interaksi yang sihat sesama pelajar, pelajar dengan guru, dan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar.
c memupuk perasaan sedar dan menghargai kebersihan serta kekemasan diri.
c meningkatkan rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap kemajuan diri, keluarga dan sekolah.
Pihak sekolah yakin dengan adanya kesedaran dan kesepaduan tindakan oleh guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar, sekolah akan menjadi sebuah institusi yang efektif dan mampu melahirkan generasi remaja yang berwibawa dan bermatlamat dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment