Wednesday, September 21, 2011

Salah Laku dalam Kalangan Murid

Salah Laku
Salah laku adalah perbuatan yang melanggar disiplin dan peraturan sekolah. Murid yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah peraturan tersebut. Jika kesalahan murid itu melibatkan salah laku jenayah, ia boleh dihukum di bawah peruntukan undang-­undang jenayah.



Buli

Perbuatan berunsur ganas seperti mendera, mempermain, menggertak, atau menakut-nakutkan murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah. Salah laku ini boleh mendatangkan kesan fisiologi mahu pun psikologi kepada mangsanya.

Buli terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut :
•Buli bahasa
•Buli fizikal
•Buli isyarat
•Buli perhubungan

Buli adalah salah laku / kesalahan serius yang melanggar peraturan sekolah. Pesalah boleh dikenakan tindakan / hukuman, bergantung kepada kesan dan kekerapan buli itu dilakukan. Jika pesalah masih tidak berubah setelah dihukum atau setelah menjalani sesi kaunseling, mereka akan dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

Tindakan / hukuman adalah seperti berikut:
•Amaran keras
•Rotan
•Gantung sekolah
•Buang sekolah
(Rujukan - SPI: Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 11/2000)

Sekiranya salah laku ‘Buli’ itu membawa kepada kecederaan fizikal atau kematian mangsa, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan, bagi kesalahan jenayah.

No comments:

Post a Comment