2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.
3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.
4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.
Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).
Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.
Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:
Surat | Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut | Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut |
Amaran Pertama | pada hari ke-3 | pada hari ke-10 |
Amaran Kedua | 7 hari selepas Amaran Pertama | 10 hari lagi selepas Amaran Pertama |
Amaran Terakhir | 7 hari selepas Amaran Kedua | 20 hari lagi selepas Amaran Kedua |
Buang Sekolah | 14 hari selepas Amaran Ketiga | 20 hari lagi selepas Amaran Ketiga |
Jumlah Hari Tidak Hadir | 31 hari berturut-turut | 60 hari bukan berturut-turut |
No comments:
Post a Comment