Thursday, December 4, 2014

Panduan kepada Guru Mata Pelajaran di Kelas


Sebelum memulakan pengajaran
-memastikan semua murid yang hadir pada hari tersebut ada di dalam kelas
-mengetahui dengan jelas punca murid yang hadir tetapi tiada di dalam kelas
-mengisi maklumat murid dalam Buku Pengesanan Murid
-memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur
-memastikan semua murid berada dalam keadaan bersedia untuk belajar
-mengambil tindakan segera jika ada murid yang tidak sihat/ cedera/ menghadapi masalah utuk mengikuti pelajaran dengan merujuk masalah yang berkenaan kepada Guru Bertugas/ penolong kanan/ pengetua untuk tindakan selanjutnya

Semasa sesi pengajaran-pembelajaran
-memastikan semua murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru
-memastikan murid tidak bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas
-memastikan murid tidak meninggalkan tempat duduk masing-masing kecuali dengan izin atau arahan guru
-memastikan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas dan nama murid yang keluar direkodkan dalam Buku Pengesanan Murid
-memastikan semua murid membuat tugasan mata pelajaran yang diarahkan

Sebelum keluar dari kelas
-memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terkawal
-memastikan murid yang keluar dari kelas semasa p&p sudah kembali ke kelas atau perlu dimaklumkan kepada guru subjek yang berikutnya



No comments:

Post a Comment