Wednesday, February 25, 2015

Panduan Kebersihan Diri Pengendali Makanan


(PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009)

PENGENALAN
Pengendali makanan merupakan antara penyumbang utama pencemaran makanan. Oleh itu, pengendali makanan hendaklah sentiasa mengekalkan kebersihan diri.

OBJEKTIF
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak industri mengenai keperluan kebersihan diri pengendali makanan seperti yang dikehendaki dalam Peraturan 33, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

DENDA
Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan boleh DIDENDA tidak melebihi SEPULUH RIBU RINGGIT (RM10,000) atau penjara tidak melebihi DUA (2) tahun.






Keperluan Kebersihan Diri
Pengendali makanan semasa mengendali, menyediakan, membungkus, membawa, menyimpan, mempamer dan menghidang makanan hendaklah memastikan perkara berikut :

ü Basuh tangan sebelum memulakan kerja, selepas menggunakan tandas, selepas kendali bahan mentah atau bahan tercemar

ü Rambut mestilah kemas dan memakai penutup kepala

ü Kuku pendek dan bersih

ü Tidak memakai perhiasan diri, contohnya jam, gelang, atau cincin

ü Dilarang mengisi apa-apa barang di dalam poket pakaian termasuk apron

ü Sentiasa menjaga kebersihan diri

ü Menanggalkan baju Iuar/ apron/ penutup kepala/ sebelum ke tandas dan setiap kali keluar dari kawasan pemprosesan makanan

ü Tidak menyebabkan pencemaran makanan, contohnya bersin, batuk, meludah, atau menggaru

ü Tidak merokok

ü Misai dan janggut dikemas rapi

(Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM)


 

No comments:

Post a Comment